NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dah lari perjuangan Bersatu, kamu tahu apa, Razali bidas Syed Hussin

Razali Idris berkata Ahli Parlimen tidak berhak mendapat layanan istimewa dalam parti


PETALING JAYA: Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris membidas Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, yang mendakwa parti itu jarang menemui Ahli Parlimennya untuk berbincang cabaran berkhidmat di kawasan mereka.

“Dia (Syed Abu Hussin) manalah tahu, dia dah lari daripada perjuangan (parti),” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen baru-baru ini yang akan disusuli ketua bahagian mengadakan mesyuarat dengan bahagian masing-masing.

Menurutnya, Ahli Parlimen perlu bekerjasama rapat dengan ketua bahagian masing-masing dan menghormati struktur parti, bukannya “memperlekehkan ketua mereka”.

“Mentang-mentang awak jadi Ahli Parlimen, awak nak memperlekehkan ketua bahagian, ketua penyelaras kawasan, mana boleh? Kita ada struktur parti, takkan oleh kerana awak jadi Ahli Parlimen, awak dah ditatang seperti mana, ni tak bolehlah.”

Razali berkata, Ahli Parlimen sepatutnya membantu parti pada masa mencabar, bukannya mengalih sokongan mereka.

Terdahulu, Syed Hussin dalam sidang media hari ini berkata, beberapa lagi Ahli Parlimen Bersatu akan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjelang sidang Parlimen akan bermula 26 Feb ini.

Beliau mendakwa Ahli Parlimen Perikatan Nasional, khasnya daripada Bersatu, merasakan tidak dihargai parti kerana jarang dipanggil untuk membincang dan menangani cabaran dihadapi di kawasan mereka.

Rabu lalu, Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi menjadi wakil rakyat Bersatu keenam yang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Sebelum itu, lima Ahli Parlimen Bersatu menyuarakan sokongan kepada Anwar, iaitu Syed Abu Hussin Hafiz (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Semua enam Ahli Parlimen memberi alasan berbuat demikian bagi memastikan nasib dan pembangunan penduduk di Parlimen mereka terus terbela.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo