NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cadangan Zahid merupakan ultra vires Perlembagaan Persekutuan - Waytha

P Waytha Moorthy berkata, penarikan sokongan terhadap PM dan pertukaran kerajaan pada tengah penggal adalah sebahagian daripada proses demokrasi.



PETALING JAYA: Cadangan Zahid Hamidi untuk mewujudkan rang undang-undang (RUU) agar kerajaan yang dipilih secara sah pada PRU dikekalkan hingga akhir penggal mungkin tidak disokong oleh peguam negara, kata seorang bekas menteri.

Bekas menteri perpaduan negara P Waytha Moorthy berkata, walaupun niat timbalan perdana menteri itu mungkin baik, pengenalan RUU itu dikhuatiri bersifat ultra vires Perlembagaan Persekutuan.

“Cadangan Zahid mungkin tidak disokong Peguam Negara kerana ia akan menjadi ultra vires Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Perkara 43(4) Perlembagaan menyatakan bahawa jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka beliau hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya, Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, kata Waytha, penarikan sokongan terhadap perdana menteri dan pertukaran kerajaan pada tengah penggal adalah sebahagian daripada proses demokrasi dan mesti diterima oleh kerajaan hari ini.

“Penting bagi kerajaan untuk memastikan dirinya utuh dengan menepati janji pilihan raya. Apabila rakyat menyokong kerajaan, tidak mungkin Ahli Parlimen berani beralih kesetiaan,” katanya.

Zahid Hamidi menyarankan RUU tersebut di tengah-tengah dakwaan wujudnya “Langkah Dubai”, dilaporkan berlangsung di Emiriah Arab Bersatu untuk menggulingkan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, membabitkan pemimpin pembangkang dan wakil rakyat kerajaan.

Awal hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said menafikan pengenalan akta sedemikian merupakan langkah terdesak kerajaan perpaduan untuk mengekalkan kuasa, sebaliknya suatu usaha untuk mengekalkan kestabilan politik negara.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, pihaknya akan menjalankan kajian terperinci berhubung cadangan tersebut, sebelum dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo