NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bonus RM2,000 untuk penjawat awam Terengganu

Pembayaran bonus kepada 14,457 penjawat awam Terengganu akan dibuat selaras kerajaan pusat iaitu akhir Februari ini.


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menetapkan pemberian bonus sebanyak RM2,000 untuk semua penjawat awam negeri tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, berkata penetapan itu dibuat supaya selari dengan jumlah bonus diumumkan kerajaan pusat.

Beliau berkata, pembayaran bonus kepada 14,457 penjawat awam negeri itu juga akan dibuat selaras kerajaan pusat iaitu akhir Februari ini.

“Saya tahu ramai tertunggu-tunggu bonus…kita dah buat ketetapan. Seperti kata menteri besar…(bonus) itu adalah pentadbiran.

“(Jadi) kalau ikut pentadbiran kita ikut yang disarankan oleh persekutuan sebanyak RM2,000. Dah tetap…tunggu masa sebelum atau akhir Februari sebagaimana yang dipekelilingkan oleh persekutuan,” katanya pada Majlis Pelancaran Hari Pangkalan Data Utama (Padu) Bersama Penjawat Awam Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia negeri Marlini Sahul Hamid dan Pengarah Jabatan Penerangan negeri Sait Yaman.

Dalam pada itu, Tengku Farok turut menyeru semua penjawat awam negeri itu segera mendaftar dengan sistem Padu bagi memastikan mereka mendapat manfaat disediakan kerajaan.

Beliau berkata, mengikut maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Terengganu, lebih 2,000 daripada 14,457 penjawat awam negeri mendaftar dengan Padu setakat hari ini.

“Kerajaan negeri akan memantau prestasi pengemaskinian maklumat Padu oleh lebih 14,000 penjawat awam negeri. Ini bagi memastikan tiada individu tercicir dan sentiasa dalam radar kerajaan.

“Pengemaskinian semula di sistem Padu juga perlu dilakukan bagi mendapatkan gambaran status terkini rakyat untuk kerajaan menambah baik mekanisme penentuan kumpulan sasar,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo