NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bom lama seberat 125kg ditemui di tapak baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

KOTA BHARU – Sebutir bom lama seberat 125 kilogram (kg) ditemukan di tapak baharu pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Bahan letupan itu dijumpai kira-kira pukul 9.41 pagi ketika kerja-kerja menggali longkang dijalankan di tapak pembinaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, polis menerima panggilan berhubung penemuan bom itu pada pukul 9.50 pagi.

Katanya, Unit Pemusnah Bom bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan objek tersebut merupakan sebutir bom jenis Aerial.

“Pemeriksaan mendapati, bahan letupan itu berukuran panjang 98 sentimeter (cm) dengan ukur lilit lebih kurang 78 cm dan seberat 125 kg .

“Bom tersebut berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di kawasan yang selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, tiada sebarang kemalangan atau insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom tersebut. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo