Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin berkata, langkah itu bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
Katanya, banjir yang melanda Kelantan Disember lepas dalam tiga gelombang sehingga menjejaskan kehidupan rakyat.
“Maka memahami situasi tersebut kerajaan negeri memberi diskaun sehingga 90 peratus bagi bayaran cukai berkaitan tanah.
“Sepatutnya bayaran cukai tanah bagi tahun lepas berakhir pada 31 Disember lalu, namun kerajaan negeri lanjutkan sehingga 31 Januari ini,” katanya pada ucapan Amanah Tanah Baharu 2024 di Kota Darulnaim hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, Speaker Dun Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajan Negeri Dato’ Nazran Muhamad dan mantan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.
Mohd Nassuruddin juga berkata, pelanjutan tempoh itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat terutamanya mereka yang ditimpa musibah banjir.
“Terima kasih kepada seluruh rakyat yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan pembangunan dan kesejahteraan negeri ini.
“Semoga Kelantan akan terus berkat, aman dan makmur. Kelantan Maju Rakyat Sejahtera,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/1/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment