NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir: Tiada masalah, SPM berjalan seperti dijadualkan



PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetap berjalan seperti dijadualkan meskipun Johor menjadi negeri terbaharu dilanda banjir.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Lembaga Peperiksaan (LP) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta kementerian telah membuat persiapan bagi menghadapi segala kemungkinan.

"Setakat ini tiada masalah.

"Kita sudah ada pengalaman mengurus calon semasa banjir," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran sumbangan Misi Banjir Pantai Timur di sini pada Jumaat.

Menurutnya, agensi kerajaan turut digerakkan sekiranya keadaan memerlukan.

"Mungkin kalau susah sedikit pun jalan terputus hubungan dan kita akan dapatkan bantuan agensi lain untuk membawa calon ke pusat peperiksaan," katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri Johor memberi jaminan untuk memastikan calon SPM yang terjejas akibat banjir dapat menduduki peperiksaan itu.

Seramai 395,870 calon SPM akan menduduki peperiksaan itu yang bermula Isnin ini sehingga 7 Mac depan di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara.

Sementara itu, Fadhlina yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat berkata, pihaknya berjaya mengumpul RM300,000 barangan dan keperluan asas untuk diagihkan ke tiga negeri Pantai Timur.

"Konvoi tersebut akan berlepas ke Kelantan, Terengganu dan Pahang pada Sabtu.

"Pada fasa kedua, kita akan agihkan sumbangan berupa barangan kelengkapan persekolahan untuk mereka yang terjejas," katanya.


Sumber | Sinar Harian 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo