NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir semakin pulih, hanya 114 mangsa di 3 negeri

Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 26 orang, Pahang kekal dengan 34 mangsa banjir dan Johor juga kekal dengan 54 orang. (Gambar Bernama)


KUALA LUMPUR: Situasi banjir di tiga negeri semakin pulih dengan hanya 114 mangsa masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang tadi berbanding 1,122 orang di 13 PPS tengah hari tadi.

Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 26 orang di sebuah PPS di Pasir Mas berbanding 1,034 orang di sembilan PPS tengah hari tadi.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir kekal 34 orang di dua PPS di Maran, manakala sebuah PPS yang menempatkan 87 mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands sudah ditutup.

Jumlah mangsa banjir di Johor pula tidak berubah dengan 54 orang masih berada di dua PPS di Segamat setakat 4 petang.

Tinjauan Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai di paras bahaya, iaitu Sungai Golok di Pasir Mas, Kelantan yang merekodkan 9.28m dengan trend menurun dan Sungai Arau di Arau, Perlis (23.57m dengan trend menurun).

Terdapat 27 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan tanah runtuh.

Antaranya, Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor; Jalan Sungai Sok-Chucuh Puteri, Kuala Krai di Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik, Hulu Perak di Perak dan Jalan Kuala Lumpur-Bentong (Jalan Lama Bentong) di Pahang.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo