NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bahasa Melayu akan pupus jika bahasa lain diutamakan dalam majlis formal



  • Bahasa Melayu akan mengalami kepupusan sekiranya trend penggunaan bahasa lain lebih diutamakan dalam mana-mana acara formal, terutamanya program anjuran kerajaan. 
  • Pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata Bahasa Melayu akan pupus dalam bentuk anjakan kepada bahasa lain.
  • “Bahasa Melayu akan beralih daripada bahasa penting kepada bahasa kecil apabila peranannya diambil alih oleh bahasa lain antaranya bahasa Inggeris dan Mandarin.
  • “Ini sudah tentu tidak bagus untuk negara kita terutama generasi akan datang,” kata Kok Seong dipetik Harian Metro di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian mengulas penganjuran banyak majlis termasuk program agensi kerajaan mengabaikan Bahasa Melayu apabila menggunakan bahasa lain.

KUALA LUMPUR – Bahasa Melayu akan mengalami kepupusan sekiranya trend penggunaan bahasa lain lebih diutamakan dalam mana-mana acara formal, terutama program anjuran kerajaan. 

Pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata Bahasa Melayu akan pupus dalam bentuk anjakan kepada bahasa lain.

“Bahasa Melayu akan beralih daripada bahasa penting kepada bahasa kecil apabila peranannya diambil alih oleh bahasa lain antaranya bahasa Inggeris dan Mandarin.

“Ini sudah tentu tidak bagus untuk negara kita terutama generasi akan datang,” katanya dipetik Harian Metro di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas penganjuran banyak majlis termasuk program agensi kerajaan mengabaikan Bahasa Melayu apabila menggunakan bahasa lain.

Mengulas lanjut, Kok Seong yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) berkata penggunaan bahasa lain dalam acara rasmi dianjurkan agensi kerajaan merupakan trend salah dan tidak sepatutnya berlaku.

“Sepatutnya lebih-lebih lagi agensi kerajaan perlu memartabatkan bahasa kebangsaan dengan menggunakannya dalam mana-mana acara dianjurkan.

“Apatah lagi, ini memang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) selain Pekeliling Pemerkasaan Penggunaan bahasa kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam pada 2020,” katanya. – The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo