Seharusnya semua pihak khususnya pihak Kerajaan mahupun agensi dan institusi pemikir agama yang bernaung di bawahnya lebih cermat dengan menilai perkembangan jalur pemikiran Islam liberal yang terus menerus diserap ke dalam masyarakat Muslim.
DUPP turut menyatakan kebimbangan dengan program yang berselindung di sebalik nama wacana, diskusi dan dialog tetapi sebenarnya ia merupakan sebahagian daripada platform untuk menyebarkan fahaman Islam liberal.
Tambahan lagi, DUPP berpandangan sudah sampai masanya kerajaan mengambil pendekatan yang lebih serius bagi menangani pemikiran Islam liberal yang bertapak dalam negara ketika ini.
Ironinya, beberapa gerakan utama Islam liberal kelihatannya mesra kerajaan dan mendapat sokongan daripada sebahagian pemimpin utama kerajaan. Apakah penyebaran racun pemikiran liberal ini harus dibenarkan atas nama wacana ilmiah sehingga boleh mendorong risiko yang besar kepada generasi masyarakat Muslim pada masa akan datang?
Sekian.
YB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY2/1/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment