KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengambil Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi orang nombor dua negara membuktikan bahawa perjuangan reformasi dan banteras rasuah puluhan tahun yang dibawa Pakatan Harapan adalah retorik sahaja.
Pemuda Perikatan Nasional (PN) menyifatkan tindakan kerajaan dipimpin Anwar mengambil individu begitu bermasalah itu seakan menyokong dan mesra dengan perbuatan menyeleweng, salah laku dan penyalahgunaan kuasa.
“Ini terbukti dengan pengguguran 47 kes Zahid yang sudah didapati prima facie, kenyataan yang jelas berunsur rasuah tidak dikenakan tindakan dan siasatan terhadap penyelewengan LCS (kapal tempur pesisir) diperlambatkan.
“Sekali pun kes Zahid telah menjadi pengetahuan umum, Anwar dilihat beberapa kali mengeluarkan kenyataan umum menafikan dan membela perbuatan Zahid,” ujar kenyataan tersebut.
Perjuangan demi negara, rakyat dan agama ujar mereka, adalah retorik yang diulang-ulang oleh Zahid Hamidi kerana nampak jelas keterlibatannya dalam Barisan Nasional (BN) hanya untuk kuasa dan kepentingan politik yang sempit sahaja.
Zahid malah dibidas mereka sebagai memimpin BN ala diktator dan kuku besi, selain mengkhianati Majlis Tertinggi parti keramat itu yang telah membawa BN jauh penyimpang dari perjuangan asal parti.
“Zahid turut membuat onar dan penyalahgunaan kuasa sepanjang Zahid dalam kerajaan sama ada sewaktu zaman BN berkuasa atau dalam kerajaan PH-BN.
“Gandingan Anwar dan Zahid dalam pentadbiran negara telah diterjemahkan dengan ekonomi merosot, harga barang meningkat dan tindakan-tindakan badut pak menteri,” ujar Pemuda PN.
Menurut kenyataan tersebut lagi, Anwar yang pernah dipenjara kerana rasuah dan pecah amanah diangkat menjadi Perdana Menteri oleh pengundi PH untuk membanteras rasuah dan membaikpulih negara.
Namun tempelak mereka, kata Albert Einstein ‘kemuncak kebodohan adalah mengulangi tindakan sama dengan mengharapkan hasil yang berbeza’. – HARAKAHDAILY9/1/2024

........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment