PETALING JAYA: Anwar Ibrahim dan tiga bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, dan Ismail Sabri Yaakob, menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Semua pemimpin tersebut berkhidmat semasa pemerintahan baginda.
Turut berangkat menghadiri majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Majlis yang bermula pada 3 petang itu, dihadiri 2,500 tetamu termasuk Jemaah Menteri, Ahli Parlimen, duta dan perwakilan asing ke Malaysia, menurut Bernama.
Antara tetamu kenamaan lain hadir adalah Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, dan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.
Majlis bersempena tamat pemerintahan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan, turut dimeriahkan dengan persembahan orkestra oleh Kolej Yayasan Saad dari Melaka.
Pasangan Diraja itu turut meluangkan masa hampir satu jam bersalaman, beramah mesra, dan berswafoto dengan tetamu jemputan dalam majlis itu.
Acara lain yang akan berlangsung sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda termasuk Majlis Jamuan Negara yang dijadualkan, pada 27 Jan.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan.
TAGS Agong, Raja Permaisuri, Majlis Jamuan Teh Diraja, Istana Negara, Anwar Ibrahim
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment