šš”š§šš„š š£šš”ššššš šš„šš§šš¦š ššš” š£šš šš š£šš” ššš£
1. Semasa British mula menjajah negeri-negeri dalam Tanah Melayu dahulu mereka menggunakan sistem penasihat yang dipanggil Residen.
2. Residen ini akan jadi Penasihat Sultan dalam urusan pentadbiran negeri baginda.
3. Walau pun dipanggil Penasihat, namun semua nasihat itu perlu dipatuhi oleh Sultan, dalam erti kata lain Sultan hanya jadi boneka kepada British.
4. Sungguh pun begitu, British tetap meletakkan batasan kepada 'nasihat' yang wajib dipatuhi oleh Sultan itu, iaitu British tidak boleh menasihati Sultan dalam soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
5. Dalam erti kata lain British kawal semuanya tetapi British sendiri menetapkan bahawa mereka tidak boleh campur tangan dalam soal adat istiadat Melayu dan agama Islam.
6. Pada hal masa itu British adalah penjajah yang menguasai sesebuah negeri secara total, bukannya sebuah parti politik yang bersaing untuk berkuasa melalui pilihan raya.
7. Tetapi lain halnya dengan pemimpin-pemimpin DAP, walau pun hanya sebuah parti politik, hal ehwal agama Islam pun mereka nak masuk campur.
8. Walau pun pemimpin itu sudah meminta maaf, namun itulah hakikat sebenar pemimpin DAP yang kerap melampaui batas.
9. Tambah 'naik kepala' lagi apabila ada pula orang-orang Melayu dan Muslim yang jadi alas kaki mereka mengiyakan tindakan pemimpin-pemimpin DAP ini kononnya atas nama toleransi Islam.
10. Lalu mereka pun mencipta satu konsep Islam baharu yang lebih liberal dan boleh dicampuri oleh orang bukan Islam seperti yang selalu diungkapkan oleh pemimpin-pemimpin DAP yang mengajar golongan ini tentang 'Islam'.
11. Jika ada kumpulan Islam yang marah dengan sikap mereka memperjudikan Islam, lalu mereka menuduh kumpulan Islam yang bising dan mempertahankan Islam yang sebenar ini sebagai KHAWARIJ pula.
12. Tetapi begitulah negara kita sekarang, mereka yang masuk campur soal Islam hanya perlu meminta maaf dan kes selesai, tiada pendakwaan 3R.
13. Tetapi golongan yang menentang golongan liberal ini pula akan selalu sahaja dikenakan tindakan atas 3R kerana mempertahankan Islam.
14. Apa nak jadilah negara kita sekarang...
ššš”šØ ššš”šš
š£š²š»š“š®šŗš®š¹ š š²š±š¶š®
šÆš šš²š° š®š¬š®šÆ
No comments
Post a Comment