NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

angan politik, Agong mahu projek tebatan banjir Pahang disegerakan

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, Pekan. (Gambar Bernama)



PEKAN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah kerajaan menyegerakan projek tebatan banjir yang dirancang di Pahang dan jangan mempolitikkan usaha itu.

“Saya harap (dalam tempoh) jangka panjang kerajaan harus percepatkan projek-projek tebatan banjir, yang telah dirangka oleh pihak berwajib di seluruh Pahang, dan saya harap janganlah berpolitik dalam hal ini, seelok-eloknya ambil secara serius dan urgent untuk bina tebatan banjir di seluruh Pahang,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Semai Bakti Felda Chini 1.

Turut berangkat sama Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, Pegawai Daerah Pekan Zaliza Zulkipli, Pengarah Jabatan Kerja Raya Hafizah Zakaria dan Ketua Polis Pahang Yahaya Othman.

Dalam titah baginda ketika menyantuni mangsa banjir di PPS berkenaan, Sultan Abdullah mengingatkan pelaksanaan projek berkenaan perlu diambil serius oleh pihak bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Sultan Abdullah turut mengingatkan agar kebersihan di PPS sentiasa dijaga khususnya tandas bagi keselesaan mangsa banjir.

“Wabak Covid-19 pun masih ada di negara kita, saya tak mahu lepas banjir ada penyakit lain pula, jangan pandang ringan soal kebersihan, sentiasa jaga kebersihan,” titah baginda.

Baginda turut menzahirkan simpati kepada mangsa banjir dan berharap mereka dapat pulang semula ke rumah masing-masing secepat mungkin.

Terdahulu, baginda berkenan mendengar sembah taklimat daripada Zaliza sebelum mengurniakan sumbangan kepada wakil mangsa lemas di Ladang Sungai Bebar Utara Nenasi, Muhammad Adhwa Haslan dan mangsa banjir yang lain.

Dalam lawatan itu, Sultan Abdullah turut menyantuni dan beramah mesra dengan mangsa banjir di PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 3, Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 dan Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya.

Selain itu, baginda turut meluangkan masa melihat mendapan jalan di KM73 Seksyen 102, FT12 Lebuhraya Kuantan-Segamat akibat hujan lebat dan berkenan mendengar sembah taklimat daripada Hafizah.

Setakat 12 tengah hari, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang merekodkan seramai 1,195 mangsa banjir berada di 17 PPS dengan 975 daripada jumlah itu merupakan mangsa banjir di Pekan yang ditempatkan di 11 PPS.


Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo