NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amaran kepada Ultra kiasu Cina sama ada dalam DAP, MCA, Gerakan, NGO dan akhbar Cina

Amaran kepada Ultra kiasu Cina sama ada dalam DAP, MCA, Gerakan, NGO dan akhbar Cina

Oleh: 
_Tee Chuan Seng_
(Ridhuan Tee)
__________________


Jika kamu tidak tahu apa-apa tentang Islam lebih baik kamu DIAM
Jika kamu mungkin tahu tentang Islam, lebih baik kamu juga DIAM
Jika kamu ragu-ragu tentang, Islam lebih baik kamu bertanya atau terus DIAM
Jika kamu sengaja menguji kami (test market), kamu sedang cari nahas
 
Ini amaran aku terhadap kamu. Bukan sahaja aku, tetapi mungkin juga aku turut mewakili orang Islam yang lain, kerana aku tahu sensitiviti mereka. Jika aku tidak Islam sekalipun, aku, sebagai warga Malaysia, akan cuba memahami mereka, kerana aku tahu, asal-usul aku adalah pendatang. Aku bukan penduduk asal atau peribumi, di bumi bertuah ini. Aku sedar siapa diri aku. 

Kami, orang Islam, termasuk saya, Cina Islam, tidak pernah sama sekali campurtangan dalam perkara berkaitan dengan ajaran (agama) kamu, walaupun ajaran kamu itu sangat tidak logik. Tetapi kami diajar dalam Islam, kami diberikan amaran dalam al-Quran supaya sentiasa menghormati ajaran atau agama orang lain.

Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan (Surah Al-An’am Ayat 108)

As-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatul tafasir (Jilid 1, m/s 410)” berkata: “Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan berhala-berhala mereka maka, mereka kelak akan membalasnya dengan celaan kepada Allah dalam keadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan mereka tidak mengetahui kebesaran Allah S.W.T.

Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan laranganNya ini.

Prof. Wahbah Az-Zuhaili berkata dalam tafsirnya “Al-Munir (Jilid 7, m/s 327): “Ulama’ berkata bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah-olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan Rasulnya”.

Inilah ajaran agama kami, kami dengar dan kami sentiasa patuh. Inilah kami, umat Islam Islam, Sebab itu kamu tidak pernah dengar (jarang sama sekali) orang Islam negara ini, malah seluruh dunia menghina agama kamu, bukan Islam. Malah, patung-patung kamu yang sangat menyakitkan mata, menghalang kemudahan awam, terletak di tanah awam, membahayakan pengguna jalan raya, tetap tidak dirobohkan, kerana kami diajar menghormati kamu. Kadangkala, patung-patung kamu yang selerak, tidak ada penyembahnya, pun tidak diganggu, dibiarkan, tidak dirobohkan. Atas dasar menghormati kamu.  

Kenapa kamu, orang bukan Islam, ultra kiasu, tidak pernah sedar diri. Siapa kamu? Asal usul, dari mana datang kamu? Siapa yang mengutip kamu dan membenarkan kamu tinggal di bumi bertuah ini? Kamu telah lupa sejarah ini. 

Kenapa kamu begitu kurang ajar, campurtangan atau bercakap dan menghina agama kami. Apakah kamu tidak tahu atau takut dengan akibatnya.

Upacara penyembahan patung dan upacara kematian kamu, sangat tidak masuk akal, jika saya mahu bercakap dan menghina, berdasarkan pengalaman, pernah menjadi bukan Islam, memang akan porak-peranda jadinya, tetapi kami tetap diam, kerana kami diajar supaya tidak kurang ajar. 

Paling tidak masuk akal, dalam ajaran dam sembahan kamu, ada yang sanggup sembah Tuhan dan nenek moyang, minta kena nombor ekor. Menjamu sembahyang dan nenek moyang (mati) makanan dan buah-buahan plastik. Ini belum lagi upacara kematian dan sembahan kuburan. Bukan sahaja tidak logik, malah langsung tidak masuk akal sehingga merendahkan martabat kita sebagai manusia. 

Sangat kelakar dan sangat tidak logik, tetapi kami tetap diam, kerana al-Quran ajar kami menghormati orang lain (ajaran/agama kamu). Saya tidak mahu cakap perkara itu kerana Islam melarang merendah-rendahkan agama (sembahan) agama lain.

Kenapa kamu masih tidak sedar diri, sedangkan kamu sendiri sedar, bahawa kamu semua, termasuk saya, adalah pendatang di bumi bertuah ini. 

Orang Islam (Melayu) tatang kamu, jaga kamu, sehingga kamu menjadi kaya raya dan dapat hidup senang lenang, mewah, malah lebih hebat dari Melayu dan bumputera itu sendiri di bumi mereka sendiri, tetapi kamu tidak bersyukur dan belajar untuk menghormati….saya tidak pernah jumpa manusia seperti kamu di dunia ini, kecuali di sini.

Saya warga Malaysia yang cintakan keamanan dan cintakan kamu, meskipun kamu bukan Islam, saya merayu, terutama kepada ultra kiasu (DAP), kamu jangan saban hari menjadi semakin kurang ajar, menghina kami, umat Islam. 

Ini belum termasuk lagi, banyak isu lain berkaitan Islam yang kamu bangkitkan dan hina. Contoh, kamu mahu menjadi panel penasihat syariah Islam di negara ini, meskipun kamu tahu itu amat mustahil, sehingga akhirnya kamu terpaksa memohon maaf, kerana keceluparan itu. Itupun setelah Sultan Selangor, keluarkan kenyataan. Jika tidak kamu terus menjadi kurang ajar dan bangsat.

Saya tidak kata semua semua Cina seperti kamu. Ramai lagi Cina yang baik-baik, tidak ultra kiasu, seperti Porf Teo Kok Siong, Apek Cina, kawan dan jiran saya dan lain-lain. Mereka ini semua baik. 

Akhirnya sekali lagi, jika kamu ultra kiasu, idamkan kehidupan yang aman harmoni dan mahu membina kekayaan d bumi Melayu ini, jangan guris hati-hati Melayu dan Bumiputera.

Saya merayu bukan Islam (terutama orang Cina) jangan campurtangan dalam perkara berkaitan dengan agama Islam. Begitu juga dalam mengulas isu seperti ‘haram’ menyimpan anak patung seperti teddy bear.

Sekian, dari anak Cina, yang telah memeluk Islam. Saya masih tetap Cina, bezanya, cuma, kita berlainan ajaran (agama), meskipun sebangsa. Aku Islam, kamu bukan Islam, walaupun kita sebangsa, tetapi tidak seagama. 

Agama dalam kehidupan aku jauh lebih penting dan lebih besar daripada bangsaku. Aku rela kehilangan bangsa daripada agama. Hidup mati aku bersama agama, bukan bangsa. 

Justeru, jangan sama sekali kamu kutuk dan hina agama aku, kerana itulah hidup dan mati aku, walaupun terpaksa menentang bangsaku sendiri. Ingatlah, agamaku mengajarku, bila kepentingan agama, bertembung dengan kepentingan bangsa, maka kepentingan agama mesti didahulukan walaupun nyawa galang gantinya, meskipun mungkin suatu hari ini aku tidak diiktiraf oleh bangsaku sendiri. Aku redha, kerana itulah aku, dari dulu, kini dan selamanya. Ikhlas dariku, Ridhuan Tee @ Tee Chuan Seng
( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo