Pahang, Johor dan Sarawak menerima amaran hujan berterusan tahap waspada hingga esok. |
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa lokaliti di Pahang, Johor dan Sarawak hingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan lokaliti terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang, manakala Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada itu turut dikeluarkan bagi Sarawak yang melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment