Muhyiddin menyerahkan surat pelantikan Afnan Hamimi sebagai Ketua Pemuda PN yang baharu pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang berlangsung malam tadi. |
KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden dilantik sebagai Ketua Pemuda baharu Perikatan Nasional (PN) menggantikan Ahmad Fadhli Shaari.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Ahli Parlimen Alor Setar itu dilantik ke jawatan tersebut menerusi persetujuan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang berlangsung malam tadi.
“Perikatan Nasional mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada YB Tuan Haji Ahmad Fadhli Shaari di atas sumbangan serta jasa bakti yang dicurahkan sepanjang memikul amanah sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional dari 26 Januari 2022 sehingga 19 Januari 2024,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Hamzah berkata, beberapa perkara dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin
dan turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Gerakan, Senator Datuk Dr. Dominic Lau serta ahli majlis tertinggi lain.
Katanya, mesyuarat membincangkan situasi terkini beban sara hidup yang semakin mendesak termasuklah isu kenaikan tarif air dan sebulat suara mendesak kerajaan Persekutuan supaya memberi keutamaan kepada isu ekonomi dengan menyelesaikan masalah rakyat.
“Pada masa yang sama, Perikatan Nasional komited untuk meneruskan agenda pemerkasaan parti dan akan menganjurkan Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional dan Pemukiman Pemerkasaan Perikatan Nasional dalam masa terdekat,” ujarnya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment