Razali (dua dari kiri) merasmikan Majlis Perasmian COE 2024 pada Sabtu. |
KUALA TERENGGANU - Sebanyak 62 acara pelancongan dan kebudayaan akan diadakan sepanjang tahun ini di seluruh Terengganu.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris berkata, Kalendar Pelancongan dan Kebudayaan negeri (COE) 2024 Terengganu yang dilancarkan secara rasmi pada Sabtu itu turut melibatkan 12 acara ikonik yang akan diadakan di seluruh negeri.
Menurutnya, budaya dan warisan antara lima kluster utama pelancongan yang diberi fokus oleh kerajaan negeri sebagai usaha mempromosikan sektor pelancongan di negeri ini.
"Dengan adanya COE 2024 ini juga mengambil kira semua elemen antaranya kekuatan dan impak penganjuran acara berkenaan dalam usaha menarik minat pengunjung.
"Malah ia juga dapat memberi sumbangan terhadap sosioekonomi rakyat di negeri ini selain setiap acara yang dijalankan akan menampilkan keunikannya tersendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Perasmian COE 2024 di sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Razali berkata, 12 acara ikonik diadakan pada tahun ini termasuk Senandung Terengganu, Karnival Beautiful Terengganu, Festival Candat Sotong, Kenyir Geopark Eco-Forest dan Karnival Pantai Terengganu.
Selain itu, katanya, acara ikonik lain diadakan antaranya Pelita Raya Terengganu; Jaguh Ngail Terengganu; Terengganu International Bike Week; Kejohanan Tour Gateh D'Tranung; Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan; 4x4 Rainforest Challenge dan International Monsoon Casting Tournament.
Dalam pada itu, Razali berkata, pihaknya turut menyasarkan kehadiran seramai 4.5 juta pengunjung tempatan termasuk pelancong antarabangsa datang ke Terengganu.
Justeru, beliau juga amat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan daripada pelabur mahupun penganjur program yang berminat menganjurkan acara di negeri ini.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment