Malaysia diberikan 31,600 kuota haji tahun ini oleh Arab Saudi. (Gambar AP) |
PUTRAJAYA: Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah semasa pertemuan sempena majlis menandatangani Memorandum Aturan Urusan Haji 1445H/2024 di Jeddah, Arab Saudi.
Kuota haji tahun lalu adalah seramai 31,600 jemaah.
“Dalam pertemuan tersebut antara perbincangan adalah kandungan memorandum berkaitan aturan pengurusan jemaah haji meliputi urusan penerbangan, penginapan serta penyediaan makan minum jemaah haji sepanjang urusan menunaikan ibadat haji di Tanah Suci,” kata Na’im dalam kenyataan.
Na’im berkata, turut dibincangkan berkaitan urusan di Masyair termasuk pengangkutan bagi jemaah haji dan petugas.
“Pada masa sama diperbincangkan juga persediaan pengurusan aspek kesihatan jemaah haji,” katanya.
Na’im kini berada di Jeddah, Arab Saudi, bagi menyertai Persidangan Haji dan Umrah 2024 dianjurkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment