NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2 warga asing ditahan, rempuh sekatan jalan raya

Dua lelaki warga asing yang menaiki kereta Myvi itu ditahan polis selepas merempuh sekatan jalan raya di susur keluar Damansara Jaya ke Lebuhraya Sprint, Petaling Jaya semalam.



PETALING JAYA: Polis menahan dua warga asing dalam sebuah kereta yang merempuh anggotanya dalam sekatan jalan raya di susur keluar Damansara Jaya ke Lebuhraya Sprint, Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata dua warga asing itu ditangkap selepas dikejar kereta peronda polis sejauh 2km sebelum kereta Myvi yang dinaiki suspek terbabas di Seksyen 17/50, Petaling Jaya.


Katanya, seorang anggota polis yang dilanggar kenderaan suspek di sekatan jalan raya itu mengalami kecederaan patah tapak tangan kanan.

“Siasatan lanjut ke atas suspek membawa kepada rampasan wang tunai pelbagai mata wang asing berjumlah RM9,839.85 dan beberapa peralatan pecah rumah antaranya gerudi tangan, tukul, gunting, pemutar skru dan gergaji.

“Kedua-dua suspek disahkan negatif dalam ujian air kencing dan semakan juga mendapati mereka tidak memiliki sebarang rekod kesalahan jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan.

Fakhrudin berkata kedua-dua suspek direman selama enam hari sehingga 8 Jan ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28 (i) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki peralatan pecah rumah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah diminta menyalurkannya di balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo