ANKARA - Sekurang-kurangnya 165 rakyat Palestin terbunuh dan 290 lagi cedera dalam tempoh 24 jam terakhir ketika Israel meneruskan serangan di Semenanjung Gaza yang dikepung, kata Kementerian Kesihatan pada Ahad.
"Tentera rejim Israel melakukan 19 pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza, menyebabkan 165 penduduk terbunuh manakala 290 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lepas.
"Ramai lagi penduduk masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan kerana penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” menurut kenyataan kementerian itu, lapor Agensi Anadolu.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin, walaupun keputusan sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Israel tetap meneruskan serangannya ke atas Gaza yang setakat ini membunuh sekurang-kurangnya 26,422 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan mencederakan 65,087 lagi penduduk sejak 7 Oktober lepas.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata, serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah. - Bernama
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment