Sejak 7 Oktober tentera Zionis mula menahan orang awam Palestin di pusat-pusat perlindungan, sekolah, rumah malah di ‘koridor kemanusiaan selamat’ di Gaza. Foto AFP |
RAMALLAH - Kira-kira 11,000 penduduk Palestin telah ditahan di penjara Israel sepanjang tahun 2023 dengan separuh daripadanya ditangkap selepas 7 Oktober.
"Jumlah itu hampir menyamai angka tangkapan yang dilakukan antara tahun 2001-2002 semasa gelombang Intifada Al-Aqsa Kedua dan tidak termasuk tahanan Gaza selepas 7 Oktober,” kata Suruhanjaya bagi Tahanan dan Hal Ehwal Bekas Tahanan Palestin dalam kenyataan bersama tiga lagi organisasi berkaitan tahanan Palestin.
Organisasi berkenaan ialah Kelab Tahanan Palestin, Yayasan Penjagaan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Palestin "Addameer" dan Pusat Maklumat Wadi Hilweh-Baitulmaqdis.
Kenyataan berbahasa Arab itu menjelaskan, jumlah tangkapan dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun 2023 selepas 7 Oktober lalu melebihi 5,500, termasuk 355 kanak-kanak, 184 wanita dan 50 wartawan warga Palestin.
"Ini bukan sahaja mencerminkan peningkatan dalam bilangan mereka yang ditangkap malah merupakan bukti terhadap tahap kekejaman tentera penjajah Israel,” menurut kenyataan itu seperti dipetik Agensi Berita dan Maklumat Palestin WAFA.
Menurut kenyataan itu lagi, sejak 7 Oktober tentera Zionis Israel mula menggiatkan kempen besar-besaran untuk menahan orang awam Palestin di pusat-pusat perlindungan, sekolah, rumah malah di ‘koridor kemanusiaan selamat’ di Gaza.
Namun sehingga kini nasib dan bilangan sebenar mereka masih belum dapat dipastikan. Peguam dan wakil Palang Merah turut dihalang daripada melawat mereka.
Kenyataan itu turut menyelar tindakan itu yang dianggap sebagai jenayah ‘Enforced Disappearance’ dalam Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa. - Bernama
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment