- Hanya kerana menyuarakan pendapatnya berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R), mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan, dirinya kini diperlakukan seperti seorang penjenayah oleh pihak berkuasa.
- “Saya sudah beri keterangan kepada polis lebih 10 kali, nampak cukup mudah nak siasat Tun. Bila dah jadi Tun ni, banyak pula kena siasat, yang tak jadi Tun semua terlepas,” jelas beliau.
- Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Tun Dr Mahathir dalam satu temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit dari India, mendakwa masyarakat India di Malaysia, masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.
PUTRAJAYA – Hanya kerana menyuarakan pendapatnya berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R), mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dirinya kini diperlakukan seperti seorang penjenayah oleh pihak berkuasa.
Beliau berkata, sehingga kini beliau sudah disoal siasat lebih 10 kali oleh pihak polis.
“Sekejap-sekejap saya disoal siasat oleh polis, macam saya ini penjenayah. Ada laporan je, polis dok tanya saya (minta beri keterangan).
“Saya sudah beri keterangan kepada polis lebih 10 kali, nampak cukup mudah nak siasat Tun. Bila dah jadi Tun ni, banyak pula kena siasat, yang tak jadi Tun semua terlepas,” jelas beliau.
Tun Mahathir turut mempersoalkan mengapa hanya dirinya disiasat saat banyak lagi pihak yang membuat kenyataan rasis dan 3R.
“Takkan saya tidak boleh buat kenyataan, nama saya tidak ada dalam Pandora’s Papers, Panama Papers, (tapi) saya disiasat oleh polis. Saya nak tanya, saya boleh cakap atau tidak, itu pendapat saya. Kalau saya buat kenyataan sahaja, saya kena soal siasat oleh polis,” katanya kepada media selepas disoal siasat oleh polis di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Tun Dr Mahathir dalam satu temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit dari India, mendakwa masyarakat India di Malaysia, masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.
Kenyataan Tun Dr Mahathir itu dikritik beberapa pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan aktivis di Malaysia.
“Beliau (Dr Mahathir) diketahui mengeluarkan kenyataan sedemikian, baginya, semua orang Melayu malas, kecuali dirinya sendiri dan orang India dan Cina Malaysia tidak setia melainkan jika mereka adalah kroninya,” kata Anwar seperti dilaporkan.- The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment