PUTRAJAYA: Presiden Umno Zahid Hamidi menyifatkan PAS “gila talak” kerana masih mahu kerjasama politik dengan parti itu.
Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata, PAS sepatutnya “menoktahkan” mimpi bersama Umno.
Katanya, sejarah pahit sebelum ini mengakibatkan Umno nekad tidak menjalinkan semula kerjasama dengan PAS yang kini bersama Perikatan Nasional (PN).
“Setakat ini tidak ada khabar angin sampai ke Umno mungkin ada pihak yang telah kegilaan talak kerana mereka pernah berada dalam kerajaan dahulu, alangkah sakitnya apabila mereka mempunyai kerusi yang banyak tetapi mereka terus jadi pembangkang.
“Kita harap mereka terus berdoa, untuk tidak melakukan ‘kekencingan’ sekali lagi kepada Umno yang menyebabkan Umno tidak langsung mahu membuka jalan…setakat ini dan Allah belum buka lagi hati kami menjalin semula kerjasama politik dengan mereka. Kami harap mimpi siang mereka itu dapat dinoktahkan,” katanya pada sidang media di Bangunan Perdana Putra.
Terdahulu, FMT melaporkan PAS tidak menolak kerjasama dengan Umno di sebalik sejarah “pahit” hubungan mereka, susulan cadangan penyatuan untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya dibangkitkan Isham Jalil.
Isnin lalu, ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu dilaporkan berkata, Ahmad Samsuri Mokhtar boleh menjadi perdana menteri jika Perikatan Nasional (PN) berjaya memujuk Umno bermuafakat semula sebelum PRU16, selepas menteri besar Terengganu menang PRK Kemaman.
Mengulas perkembangan itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebarang kerjasama dengan Umno perlu melalui platform PN – yang turut dianggotai Bersatu.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment