Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bahkan membidas, pemimpin Umno kini hanya mendiamkan diri senyap dan menikus kerana takutnya kepada DAP sehingga tidak bercakap mengenai agama dan bangsa.
Sebaliknya kesali beliau, ketika berbicara mengenai agama dan bangsa cuba ditanam sebagai pemikiran kolot, Penasihat DAP, Tan Sri Lim Kit Siang pula membangkitkan mengenai jawatan Perdana Menteri untuk bukan-Melayu.
“Kenapa perlu bangkitkan perkara ini? Kenapa perlu bercakap tentang Impian Malaysia? Saya tak fikir tentang impian orang Melayu. Nak melihat orang Melayu jadi Perdana Menteri. Kenapa perlu bercakap tentang perkara begini?
“Kenapa tak ada sebelah Umno bangkit cakap perkara ini sensitif? Tak ada sebab. Itu saya sentuh perkara ini kerana saya melihat bahawa DAP telah melihat sokongan orang bukan-Melayu kepada Kerajaan Madani pun dah menurun.
“Ahli-ahli perniagaan dah mula merasai kesan daripada berada setahun di bawah Kerajaan Madani. Sembang banyak betul, sembang menggunakan terma-terma yang bunyi dia sedap betul. Sembang macam-macam. Sembang kencang.
“Tapi kalau ditanya sedikit soalan dalam Parlimen mula nak koyak,” bidasnya ketika menyampaikan pidato dalam Ceramah Perdana Grand Finale PRK P.040 Kemaman di Padang Astana, di sini semalam.
Ahli Parlimen Putrajaya itu turut menyuarakan kekesalannya kerana beberapa persoalan yang ditanyakan di Sidang Dewan Rakyat gagal bahkan tidak dijawab oleh pihak kerajaan antaranya isu-isu FELDA.
Beliau juga mendedahkan mengenai keputusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk menjual saham yang dipegang dalam Bousted Plantation melibatkan pemilikan tanah seluas lebih 240,000 ekar di seluruh negara.
“Kami Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bangkit pesan dan terpaksa merayu kepada Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan, jangan jual tanah ini. Jangan sekali-kali jual pegangan dalam Bousted Plantation.
“Kalau masalahnya adalah masalah pengurusan jangan mangsakan tanah-tanah yang diberikan kepada bekas-bekas anggota tentera untuk hari ini dan untuk masa-masa yang akan datang.
“Kalau zaman dulu saya rasa, zaman-zaman Umno memperjuangkan orang Melayu pantang nak sentuh lebih 240,000 ekar ini,” ujarnya memberitahu nasib kini berbeza walaupun Menteri Pertahanan adalah Timbalan Presiden Umno. – HARAKAHDAILY 2/12/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment