UMNO Sedang Bergolak
Aku dapat menghidu UMNO sedang bergolak sekarang ni. Posting aku sebelum ni mengenai kemarahan Dato Alwi, mendapat reaksi daripada seorang pemimpin tertinggi UMNO, yang akui UMNO sekarang sudah berada dalam fasa “do or die”.
Aku tanya dia kenapa dia cakap macam tu, dia kata UMNO sedang gali kuburnya sendiri dengan sikap Presiden Zahid Hamidi terhadap suara akar umbi UMNO dalam isu bersama PH.
Zahid Hamidi mengamalkan sikap autokratik dalam memimpin UMNO. Sesiapa yang dia nampak sedang dan akan menggugat dia, mesti kena pancung. Tengok sahaja nasib KJ, Shahril Hamdan, Hishamuddin, Annuar Musa dan yang terbaru Isham Jalil. Yang tinggal hanya “YESMAN” Zahid Hamidi sahaja.
Dalam isu perubahan kabinet, Zahid Hamidi hanya menyusun kedudukan kem dia sahaja. Selain dari kem dia tidak dipertahankan dan disusun dengan strategik. Sebagai contoh Tok Mat Hassan yang kena “downgrade” dari Menteri Pertahanan ke Menteri Luar.
Orang UMNO boleh nak beri apa alasan sekalipun. Contohnya Pak Lah juga pernah menjadi Menteri Luar sebelum menjadi Perdana Menteri. Tapi hakikatnya, orang UMNO kena faham, dengan menghantar Tok Mat ke Kementerian Luar, Tok Mat hilang ruang untuk bersama akar umbi UMNO.
Khaled Nordin dan Zambry Kadir pula diberikan kedudukan strategik dalam Kementerian yang memudahkan mereka turun ke akar umbi dan membentuk laluan politik mereka.
Terdapat juga nama-nama yang sepatutnya dinaikkan untuk menjadi Menteri yang tidak dipertahankan kerana bukan “core” dalam team Zahid Hamidi.
Sebagai contoh Ahmad Maslan yang sedang pegang Timbalan Menteri Kewangan, ditukarkan dengan anak Lim Kit Siang yang tiada langsung asas kewangan. Sedangkan Ahmad Maslan adalah SUA BN. Sepatutnya dilantik Menteri Penuh.
Begitu juga Bung Mukhtar yang telah berkorban dalam isu pertembungan di Sabah. Dia dijanjikan akan diberi jawatan Menteri penuh, tapi tiada langsung namanya dalam senarai Menteri.
Ketua Wanita UMNO Dato Dr Noraini yang pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi sebelum ini, dijanjikan jawatan Menteri penuh. Tetapi hanya diberikan jawatan Timbalan Menteri sahaja.
Jalaludin Alias Pengerusi Perhubungan UMNO N9 yang berkorban jawatan MB N9 kepada PH walaupun kerusi Dun mereka paling tinggi, dijanjikan jadi Menteri pusat. Begitu juga Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah yang pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan, tapi tak naik juga dalam kabinet.
Akar umbi UMNO dilihat makin tidak selesa dengan apa yang berlaku. Mereka dijanjikan UMNO akan terus kuat bersama PH. Tapi hakikatnya UMNO terus lemah dan semakin lemah. Jika tiada perubahan segera, UMNO sedang menggali kuburnya sendiri.
Nurul Islam Mohamed Yusoff
No comments
Post a Comment