NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tugas Menteri Ekonomi bukan jadi Santa Klaus bawa hadiah percuma – Rafizi



KUALA LUMPUR – Tugas seorang Menteri Ekonomi bukan menjadi Santa Klaus yang membawa hadiah percuma kepada rakyat.

Rafizi Ramli berkata, amanah yang beliau pikul adalah membetulkan struktur ekonomi yang menyimpang dari landasan pertumbuhan mampan akibat amalan ekonomi yang tidak lagi mampu untuk ditampung.

Beliau berkata, terdapat lima amalan yang telah gagal ditangani oleh anggota pentadbiran terdahulu.

“Satu, amalan subsidi pukal yang diberikan kepada semua. Tidak kira kaya miskin, pelawat asing, pelancong, pekerja asing. Tanggungannya telah mencecah sekitar RM80 bilion setahun, sedangkan wang ini boleh diberikan terus kepada keluarga warganegara Malaysia yang layak menerima untuk dibelanjakan.

“Dua, amalan berhutang dan menggagau apa-apa tabung yang ada asalkan kerajaan pada ketika itu boleh dilambung seperti Santa Klaus. Defisit yang berterusan tinggi, dividen dari Petronas yang diambil tinggi setiap tahun, membelanjakan tabung amanah rakyat tanpa ada rancangan untuk mengurangkan hutang negara,” katanya dalam kenyataan.

Ketiga katanya, pergantungan kepada pekerja asing yang  mencecah 2.5 juta orang telah menyempitkan ruang pekerjaan kepada rakyat dan dan menyebabkan aliran mata wang keluar apabila mereka menghantar gaji ke negara asal setiap bulan.

Amalan yang turut gagal ditangani adalah perangkap ekonomi nilai rendah yang menyebabkan “crowding out” atau “cannibalisation” iaitu peniaga mikro, kecil dan sederhana bersaing sesama sendiri dalam pasaran setempat.

Kelima melibatkan amalan pertumbuhan gaji pekerja yang tidak selari dengan kenaikan harga barang menyebabkan rakyat terdedah kepada risiko kenaikan kos sara hidup apabila  gangguan bekalan berlaku.

Rafizi juga berkata, beliau sedar penyokong pembangkang berharap namanya digugurkan daripada jawatan Menteri Ekonomi dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

“Saya tahu saya akan terus menjadi sasaran serangan pembangkang kerana ia perkara yang termudah untuk mereka.

“Saya juga tahu tanggungjawab saya untuk terus memberi pencerahan supaya saya sendiri dapat meyakinkan rakan saya dalam Jemaah Menteri untuk tidak mengambil jalan pintas (seperti pentadbiran-pentadbiran lalu) dan lari daripada menyelesaikan masalah-masalah pokok begini,” katanya.

Rafizi menegaskan, sebagai seorang menteri beliau akan membantu mengeluarkan Malaysia dari jerat struktur ekonomi yang telah dibiarkan menjalar sebelum ini, supaya mereka yang datang selepas dirinya tidak perlu bergelumang seperti sekarang.-MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo