NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tok Mat makin ‘pudar’ susulan rombakan Kabinet, dakwa Wan Saiful

Wan Saiful Wan Jan mendakwa menghantar Mohamad Hasan ke Wisma Putra akan membantu Zahid Hamidi.


PETALING JAYA: Menukar portfolio Mohamad Hasan daripada pertahanan kepada luar negeri akan melemahkan kedudukan timbalan presiden Umno itu dalam partinya, dakwa ahli politik Bersatu, Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful mendakwa keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghantar Mohamad ke Wisma Putra akan membantu timbalannya, Zahid Hamidi.

Menurutnya, portfolio luar negeri walaupun penting untuk negara “tidak strategik untuk individu yang satu tangga saja lagi boleh menyanggah Zahid sebagai presiden Umno.

Katanya, Mohamad selaku menteri luar negeri akan terpaksa berada di luar negara untuk tempoh yang lama.

Keadaan itu akan membuka ruang untuk Zahid mencatur sokongan untuk diri sendiri dalam Umno, tambahnya.

Katanya, kedudukan Mohamad dalam Umno akan lemah walaupun beliau melakukan khidmat penting untuk negara.

Mohamad antara beberapa pemimpin Umno yang diberi tugasan baharu dalam rombakan hari ini.

Naib Presiden Khaled Nordin mengambil alih portfolio pertahanan manakala Zambry Abdul Kadir mengisi jawatan menteri pendidikan tinggi.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo