NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TIDAK RASMI: Dr Sam menang di PRK Kemaman



CHUKAI: PAS mengekalkan penguasaan di Parlimen Kemaman apabila calonnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti lebih 33,000 hasil kiraan 223 daripada 249 keseluruhan peti undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga jam 8.30 malam tadi, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mendahului dengan majoriti 33,280 undi selepas 83,866 undi dikira.

Ahmad Samsuri atau lebih dikenali Dr Sam memperoleh 58,843 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan 25,023 undi.

Keputusan tidak rasmi ini diperoleh menerusi akaun Facebook Dewan Ulamak PAS Pusat.

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi PRK Kemaman sehingga jam 4 petang adalah 60 peratus. 

Seramai 141,382 pengundi berdaftar layak memilih wakil rakyat baharu pada PRK Kemaman kali ini. 

Untuk rekod, kerusi Parlimen Kemaman sebelum ini diwakili BN menerusi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selama tiga penggal, sebelum bertukar tangan kepada Che Alias pada PRU14. 

Pada PRU15, Che Alias berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman apabila menewaskan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

Che Alias memperoleh undi 65,714 undi, manakala Ahmad mendapat 38,535 undi. Bagaimanapun, kemenangan Che Alias terbatal selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 26 September lalu menerima petisyen difailkan calon BN, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu merangkap Hakim Pilihan Raya, Anselm Charles Fernandis menerima dakwaan pempetisyen di dalam Petisyen Pilihan Raya bahawa terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang diagihkan kepada pengundi semasa tempoh berkempen PRU15 untuk meraih undi kepada Che Alias.


Sumber I BH Online



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo