NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada kestabilan sekiranya kerajaan perpaduan tidak dibentuk di Johor - Amanah



JOHOR BAHRU: Kerajaan Perpaduan di negeri ini perlu direalisasikan jika semua parti yang terlibat benar-benar mahukan kestabilan dan kekuatan sesebuah kerajaan.

Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda berkata, tiada makna perpaduan sesebuah kerajaan sekiranya dipilih-pilih sedangkan kekuatan dan kestabilan perlu dibina di Johor.

“Apakah maknanya perpaduan, jika ia perpaduan yang dipilih-pilih. Apabila kamu ditinggalkan, bising seantero dunia.

“Apabila kami ditinggalkan, oh kerajaan sudah stabil, maka tidak perlu pada Perpaduan. Jika betul mahukan Perpaduan, ambillah semuanya dan bukan memilih! 

“Jika betul mahukan kestabilan dan kekuatan yang padu, ayuh realisasikan Kerajaan Perpaduan Negeri Johor Darul Ta’zim !,” tulisnya dalam hantaran menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Hantaran itu sebagai komen balas terhadap kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh bahawa tiada keperluan Kerajaan Perpaduan diwujudkan di Johor. 

Dr. Muhamad Akmal dilaporkan berkata, tiada keperluan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri ini kerana kerajaan negeri yang dibentuk oleh Barisan Nasional (BN) kini stabil dan berjalan dengan baik.

Sebelum ini, pimpinan parti politik dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) menyuarakan hasrat supaya ditubuhkan Kerajaan Perpaduan di Johor sebagai menyahut seruan penubuhan kerajaan di peringkat Pusat.

Fadhli Umar turut mengingatkan Ketua Pemuda UMNO itu supaya tidak bersikap hipokrit dalam penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor.

“Usah hipokrit Dr. Akmal, fikirlah masa depan kekuatan yang boleh dibina di Johor bersama Kerajaan Perpaduan Negeri Johor,” katanya. – UTUSAN





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo