NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tebus eMADANI RM100 dalam e-dompet menyusahkan pengguna?



KUALA LUMPUR – Proses penebusan kredit e-tunai eMADANI sebanyak RM100 yang diberikan kerajaan sejak semalam ternyata menerima respon positif daripada orang ramai.

Ini kerana bantuan kerajaan itu sudah pasti diperlukan terutama kepada mereka yang memerlukannya.

Bagaimanapun ramai juga mengadu proses penebusannya agak sukar dilakukan terutama kepada mereka yang agak berusia.

Rata-rata penerima yang ditemui MalaysiaGazette berharap penebusan melalui perkhidmatan e-dompet terpilih perlu lebih mesra dan memudahkan pengguna semua peringkat usia.

Antara aplikasi e-dompet yang terlibat dalam penebusan adalah MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Semalam, aplikasi MAE dan Setel dilaporkan tergendala gara-gara ramai yang membuat penebusan eMADANI malah ada tuntutan yang masih belum dikreditkan sehingga hari ini.

Seorang penerimanya, Ahmad Kamal Ahmad Fakri, 36, yang memohon menerusi Touch ‘n Go eWallet berkata, bantuan yang diberikan itu amat membantu terutama golongan yang memerlukan.

Beliau berterima kasih dengan bantuan itu namun berpandangan daripada segi kaedah pelaksanaan dan syarat ditetapkan mempunyai had tertentu seperti pembayaran tol.

“Dari segi pelaksanaan dia (eMADANI) saya rasa macam limited, hanya pembelian secara e-dompet tapi untuk bayar tol dia tak bagi.

“Saya pula memang pengguna tol yang tegar jadi saya rasa tidak patutlah (limitkan) seharusnya bagi available for everthing.

“Saranan saya untuk pelaksanaan, kerajaan patut ada penambaikan dan bagi lebih kebolehcapaian untuk orang -orang yang memerlukan menebus atau meningkatkan lagi jumlah bantuan itu lagi bagus,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Joven Tan Pui Len, 28 pula  melakukan penebusan MAE semalam turut berdepan dengan masalah proses yang tergendala.

Namun, katanya, prosesnya tuntutan kembali pulih dan dia berjaya menebus e-Tunai RM100 pukul 8.30 malam tadi.

“Saya guna dua kaedah iaitu Touch ‘n Go dan MAE, pada mulanya tersekat dekat situ (MAE) sebab nampak ramai yang buat tuntutan itu, tapi lama-lama dia kembali okay.

“Sebenarnya kaedah pembayaran QR Duitnow ini hanya boleh digunakan kedai-kedai tertentu sahaja, tidak semua boleh guna dan bagi saya tidak mudahlah macam itu.

“Kerajaan perlu beri bantuan melalui kaedah yang lagi mudah berbanding sekarang kita perlu isi borang dulu dan kena tunggu pula. Kalau sudah isi IC (kad pengenalan) patut mudah sebab ada maklumat kita semua,” ujarnya.

Nor Rizan Jailani, 48, turut berkongsi masalah yang sama ketika membuat penebusan melalui MAE dan sehingga hari ini e-Tunai RM100 masih belum dikreditkan.

Menurutnya, bantuan itu amat membantu untuk membeli keperluan harian tetapi ia perlulah dikreditkan secara automatik dan bukan perlu menunggu selama seminggu.

“Ya, masa masa saya hantar tuntutan itu tiada masalah sangat tapi saya pelik sampai sekarang saya tidak dapat lagi claim itu, saya tebus sejak semalam pukul 12 tengah hari.

“Bantuan ini baguslah untuk rakyat biasa macam kita ini dan bukannya semua orang ada pendapatan tetap dan senang untuk beli barang dapur semua. Cuma saya rasa lebih baik biar ia boleh ditunaikan atau dikeluarkan sebab tidak semua barang keperluan itu sama.

“Bagaimanapun, saya nak ucap terima kasih pada kerajaan sebab beri bantuan kepada rakyat tetapi perlu mencari solusi untuk membantu bukan menyukarkan sebab bimbang akan timbul masalah lain,” jelasnya.

Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Kementerian Kewangan berkata, lebih 10 juta rakyat Malaysia boleh menggunakan kredit e-tunai itu untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit atau perniagaan melalui e-dompet pilihan atau kod QR DuitNow. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo