PETALING JAYA: Calon PAS dikatakan mendahului persaingan PRK Parlimen Kemaman, menurut kiraan tidak rasmi oleh PAS Terengganu.
Setakat kiraan 8 malam tadi, Ahmad Samsuri Mokhtar dikatakan meraih 48,236 undi berbanding calon Barisan Nasional, Affandi Raja Mohamed Noor, yang peroleh 20,485 undi.
Ini bermakna Samsuri mendahului dengan kelebihan 27,751 undi.
PRK diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lalu membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid, pada PRU15.
Che Alias memperoleh majoriti 27,179 undi.
Samsuri yang mewakili Perikatan Nasional adalah menteri besar Terengganu; manakala BN mempertaruhkan bekas penglima angkatan tentera.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment