NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak perlu tergesa-gesa bentuk kerajaan perpaduan Johor, pemimpin Umno beritahu Amanah

BN menang besar apabila menguasai 40 kerusi pada PRN Johor 2021, berbanding 13 kerusi dimenangi PH.



PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno Johor berkata kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri itu tidak boleh diterjemah secara tergesa-gesa menerusi pembentukan kerajaan perpaduan.

Puad Zarkashi berkata situasi di negeri itu berbeza dengan pentadbiran Putrajaya dan Perak yang ditubuhkan bersama PH kerana tiada parti mempunyai majoriti menubuhkan kerajaan, manakala kerjasama di Selangor serta Pulau Pinang dibentuk sebelum PRN Ogos lalu.

Adun Rengit itu berkata PRN Johor pada Mac tahun lalu pula menyaksikan BN menewaskan PH, yang ketika itu berseteru – dengan majoriti dua pertiga dan tidak timbul isu penubuhan kerajaan perpaduan.

Atas faktor itu, Puad yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berpandangan penubuhan kerajaan perpaduan tidak perlu berasaskan kepentingan politik, seperti dicadangkan pemimpin Amanah Johor Zuhan Zain.

Zuhan pada Kongres Amanah Nasional minggu lalu menggesa suatu isyarat dihantar supaya kerajaan perpaduan dibentuk di Johor dengan penyertaan PH di sebalik dominasi BN di DUN dengan 40 kerusi.

“Apa pun terserah kepada kepimpinan tertinggi untuk beri pertimbangan kepada desakan oleh perwakilan Amanah Johor itu,” kata Puad kepada FMT.

“Apa pun kerjasama dan persefahaman antara BN dan PH semakin baik di Johor terutama dalam beberapa isu berkepentingan rakyat.”

Ketika ini, BN menguasai 40 kerusi di DUN Johor, manakala PH (13), Perikatan Nasional (3) dan Muda satu kerusi.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo