Kementerian Pengangkutan baru-baru ini mengumumkan subsidi tiket penerbangan sehala bagi kelas ekonomi yang melebihi RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan, pada musim perayaan. |
PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM) menyifatkan subsidi tiket penerbangan sempena musim perayaan sebagai ‘agak menakutkan’ kerana struktur harga tiket tidak jelas.
Presidennya Ajit Johl, berkata walaupun mengalukan langkah subsidi itu, namun ketelusan perlu diutamakan kerana membabitkan dana awam.
“Perlu ada ketelusan dalam mekanisme harga kerana melibatkan dana awam,” katanya sambil menambah harga tiket kebiasaannya bergantung kepada permintaan.
Beliau mengulas berhubung keputusan Kementerian Pengangkutan memberikan subsidi melebihi RM599 bagi penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan ketika musim perayaan Krismas.
Katanya, satu jawatankuasa perlu dibentuk supaya kerajaan tidak sekadar menerima sahaja “apa jua harga” diberikan syarikat penerbangan.
Ajit berkata, tambang RM599 digambarkan sebagai tinggi bagi perjalanan sehala dan menggesa ia dikurangkan mengambil kira penumpang dikenakan caj perkhidmatan dan surcaj minyak secara berasingan.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan MDS Consultancy Group Rosli Khan, berkata penerbangan dari Semenanjung ke Malaysia Timur unik dari sudut khidmat sosial kerana tiada lagi pilihan pengangkutan lain selain udara.
Katanya, ketiadaan peraturan menetapkan tambang penerbangan menjadikan penyedia perkhidmatan bebas meletakkan harga, lebih-lebih lagi apabila berdepan permintaan tinggi.
Margin untung rendah
Sementara itu, Roger Teoh dari Pusat Kajian Pengangkutan Kolej Imperial London, berkata menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, purata keuntungan bersih global syarikat penerbangan hanya 2.7% sahaja, terlalu rendah berbanding industri lain.
“Dari sudut perspektif, margin untung bersih jauh lebih rendah berbanding kos modal (sekitar 7%) dan di bawah yang mana pelabur dalam hampir mana-mana industri lain akan menerimanya,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata rangka subsidi akan diperluas ke musim perayaan lain seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya, Kaamatan, dan Gawai, bermula tahun depan.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment