NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

STAR, PBS tak mahu terburu-buru bergabung

STAR dan PBS dijangka menandatangani memorandum kerjasama sebelum Tahun Baharu Cina 2024.



PENAMPANG: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak mahu terburu-buru dalam proses menggabungkan kedua-dua parti, untuk memastikan ia dilaksana secara teratur serta mencapai objektif memperkukuh perjuangan membela rakyat.

Presiden STAR Jeffrey Kitingan berkata kedua-dua parti ketika ini melihat kepada mengadakan program bersama yang mampu membantu rakyat Sabah.

“Program hari ini julung kali berjaya dibuat. Kita lihat melalui program ini ada potensi besar untuk kerjasama lain selepas ini tetapi kita ‘belajar berjalan’ dulu, selepas ini baru boleh buat lebih sikit.

“Kita mahu supaya rakyat dapat memberi restu dan sokongan (kepada) kerjasama ini supaya kita dapat bantu rakyat sama-sama,” katanya kepada pemberita pada rumah terbuka PBS dan STAR.

Kitingan, yang juga timbalan ketua menteri I, berkata kerjasama seperti itu penting bagi memastikan masa, wang dan tenaga PBS dan STAR tidak dibazirkan dengan pertelingkahan, sebaliknya disalurkan untuk membina kekuatan kedua-dua parti itu selain memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Rakyat juga tidak bingung serta akan selesa dengan kita selain bangga apabila kita bersatu dan tidak bertelingkah sesama kita. Sudah tentu sokongan kepada GRS bertambah selain perpaduan masyarakat KDMR (Kadazandusun, Murut dan Rungus) diperkukuh,” katanya.

Timbalan Presiden PBS Jahid Jahim pula berkata terdapat keinginan dalam kalangan pemimpin serta ahli untuk melihat kedua-dua pihak berkerjasama dengan lebih rapat, dan PBS menyambut hasrat tersebut dengan langkah yang sesuai.

“Boleh dikatakan (kerjasama kedua-dua parti) semakin hari bertambah baik, harapan kita supaya kerjasama itu lebih erat dan kesefahaman tentang inti pati perjuangan jelas selain persefahaman dapat dibentuk dengan jitu,” kata menteri pembangunan luar bandar Sabah itu.

Pada 13 Dis lepas, Setiausaha Agung PBS, Julita Majunki, dan Setiausaha Agung STAR, Edward Linggu, dalam kenyataan bersama memaklumkan kedua-dua pihak dijangka menandatangani memorandum kerjasama sebelum Tahun Baharu Cina 2024.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo