NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?



Rombakan Kabinet secara besar-besaran dikatakan bakal diumumkan esok selepas setahun sambutan pembentukan kerajaan campuran.

Spekulasi kuat mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan rombakan Jemaah Menteri esok dengan beberapa menteri akan digantikan dengan muka baru dan beberapa kementerian akan terlibat.

Menurut laporan portal The Star, beberapa Ahli Parlimen Kanan yang sebelum ini berkhidmat sebagai menteri akan dilantik semula dalam Kabinet kerajaan campuran dan ada juga yang kali pertama akan dilantik menjadi menteri.

Portal itu juga melaporkan pengumuman rasmi akan dibuat pada 3 petang esok.

Khabar angin mengatakan antara kementerian yang berkemungkinan besar bertukar menteri adalah Komunikasi dan Digital, Kesihatan, Pelancongan, Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Dalam pada itu, Anwar juga dijangka mengumumkan Menteri Kewangan Kedua, bagaimanapun beliau kekal sebagai Menteri Kewangan Pertama.

Menteri Kewangan Kedua yang bakal dilantik dijangka bukan terdiri daripada Ahli Parlimen dan merupakan seorang birokrat yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan kewangan dan ekonomi.

Selain itu, Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Datuk Seri Abdul Ghani akan membuat penampilan semula sebagai Menteri selepas tidak dilantik sebelum ini.

Rombakan itu akan membantu mengukuhkan kerajaan kerana beberapa menteri telah mendapat kecaman orang ramai kerana prestasi buruk yang dilihat menjejaskan perjalanan kerajaan campuran.



Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo