NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Skor Pisa: Kerajaan patut contohi Kemboja, kata ahli akademik

Seorang pegawai Kementerian Pendidikan berkata pandemik Covid-19 antara faktor utama yang menyumbang kepada kemerosotan prestasi pelajar.



PETALING JAYA: Malaysia perlu belajar dari Kemboja dalam meningkatkan standard pendidikan negara selepas pandemik Covid-19, kalau seorang ahli akademik.

Malaysia menunjukkan kemerosotan yang ketara dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (Pisa) pada tahun lalu, dan Menteri pendidikan Fadhlina Sidek berkata pandemik Covid-19 antara punca yang menyumbang kepada kemerosotan prestasi pelajar.

Kaji Pisa menilai tahap kesediaan pelajar berusia 15 tahun yang menerima pendidikan formal untuk beradaptasi dengan masyarakat. Kajian itu bermula pada 17 April hingga 31 Mei 2022 di 199 sekolah, termasuk sekolah swasta.

Anuar Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata Kemboja mendapat penilaian Pisa lebih tinggi berbanding Malaysia pada tahun lalu, walaupun sekolah lebih lama ditutup ketika pandemik dan memiliki infrastruktur teknologi dan internet lebih baik untuk menyokong pengajaran dalam talian.

“Ia satu situasi yang menarik untuk kita kaji lebih mendalam. Bagaimana, Kemboja berjaya menguruskan sistem pendidikan mereka walaupun berdepan masalah yang sama akibat Covid-19,” katanya.

“Kemboja sebuah negara yang masih kurang stabil dari segi kewangan, masih dalam proses membangun, dan sebuah negara tanpa tahap pendapatan tinggi.

“Bagaimanapun, mereka berjaya untuk meningkatkan prestasi pendidikan berbanding 2018.”

Menurut carta skor Pisa 2022, pelajar 15 tahun Kemboja memperoleh 336 dalam matematik (meningkat dari 324 pada 2018), 329 dalam membaca (meningkat dari 321) dan 347 dalam sains (meningkat dari 330).

Sementara itu, pelajar 15 tahun Malaysia pula memperoleh 409 dalam matematik (turun berbanding 440 pada 2018) dan 416 dalam sains (turun dari 438) dan membaca 388 (turun dari 415).

Hanya 1.2% daripada pelajar cemerlang dalam matematik dan hanya 0.5% baik dalam sains. Lebih separuh atau hanya 42% baik dalam membaca.

Sebelum ini, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata, bukan hanya Malaysia yang mengalami kemerosotan dalam skor Pisa tetapi ia turut dialami banyak negara di seluruh dunia akibat pandemik.

Bagaimanapun, Pengerusi DAP Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan Azman dan berkata Kementerian Pendidik harus mengakui realiti dan jangan cuba menutup penurunan prestasi yang membimbangkan.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo