NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Setahun sebagai menteri, tidak banyak perubahan signifikan dibuat Fadhlina - Othman Talib

Othman Talib berkata Fadhlina Sidek dan KPM perlu memperbaiki cara penjelasan kepada isu berbangkit yang dilihat kurang profesional.


KUALA LUMPUR: Memasuki tahun kedua sebagai menteri pendidikan, Fadhlina Sidek digesa lebih berani dan fokus memperbetulkan sistem membebankan murid serta guru, kata ahli akademik.

Penganalisis pendidikan Othman Talib berpandangan, tidak banyak perubahan signifikan dilihat sejak Ahli Parlimen Nibong Tebal terbabit memegang portfolio berkenaan.

Beliau mengakui Fadhlina mengambilalih Kementerian Pendidikan (KPM) di saat sukar serta timbul pelbagai isu seperti silibus aras tinggi, keciciran pelajar pasca Covid-19 dan kekurangan guru.

“Beliau tidak banyak mengungkapkan konsep-konsep pendidikan. Tapi saya letakkan kelemahan itu kepada penasihatnya…hendak letak kesalahan kepada Fadhlina (sepenuhnya) tidak boleh.

“Saya yakin beliau sudah bekerja sekuat-kuatnya untuk membawa kejayaan di KPM, mungkin kritikan saya satu cara untuk membantunya,” katanya kepada FMT.

Bagi menjayakan reformasi dalam KPM, Othman menggesa Fadhlina memanggil individu di lapangan yang mampu memberikan perspektif pendidikan yang lebih luas, dalam dan luar negara, bagi mengadaptasi langkah-langkah penyelesaian praktis bagi mengatasi pelbagai isu dalam pendidikan.

Selain itu, KPM perlu sentiasa memberikan maklum balas atau penjelasan kepada pelbagai isu semasa yang berbangkit, tanpa perlu bersifat defensif.

“Mereka (KPM) tidak akan respon (jika ada kritikan). Itu polisi kata mereka. KPM tidak akan respon secara terbuka, jika melibatkan polisi, kecuali menteri yang boleh memberikan penjelasan.

“Tetapi cara beliau memberi reaksi kepada isu-isu semasa, ada kalanya seperti beliau berada dalam satu parti yang beliau berada sekarang ini. Menteri sepatutnya bersikap profesional dan non-partisan,” tegas Othman yang dikenali sebagai antara yang vokal bersabit isu pendidikan.

Dalam mengubah sistem pendidikan yang membebankan murid dan guru, Othman berkata, Fadhlina tidak perlu takut untuk menyusun semula, malah membuang apa-apa pendekatan yang kurang relevan dan kurang berkesan untuk dilaksanakan di seluruh negara.

Beliau memberikan analogi kereta jenama antarabangsa, yang mana pengeluarnya dengan pantas bertindak memanggil semula kenderaan di pasaran yang menghadapi masalah ketika proses pembuatan dalam kilang, kerana keselamatan pengguna tiada kompromi sama sekali.

“Begitu juga pendidikan, kenapa harus tarik balik (sistem membebankan)? Sebab ia menunjukkan KPM mempunyai sifat tanggungjawab tinggi, anak-anak kita semakin terbeban,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo