NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Semua PPS ditutup, Terengganu pulih daripada banjir



KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu kini telah pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini telah ditutup.

Menerusi kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Terengganu, PPS terakhir ditutup ialah di daerah Kuala Nerus pada petang ini.

”PPS di Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah  ditutup jam 2 petang tadi menjadikan kesemua PPS di negeri ini tutup sepenuhnya.

”PPS tersebut mula dibuka jam 9 malam pada 24 Disember lalu dan ditutup pada hari ini selepas semua mangsa sudah berpindah balik ke rumah masing-masing,” katanya.

Sebelum itu, dua buah PPS di daerah Dungun melibatkan Dewan Masjid Serdang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pati juga menghentikan operasinya hari ini. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo