NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sasaran 70 peratus keluar mengundi hampir tercapai di PRK Kemaman



KUALA LUMPUR – Sasaran 70 peratus keluar mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mudah dicapai berdasarkan kepada perkembangan terkini jumlah peratusan pengundi setakat jam 4 petang tadi. 

SPR dalam perincian terkini mengenai peratusan keluar mengundi berkata sasaran itu sudah mencapai 60 peratus. 

“Peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK Parlimen P.040 Kemaman, Terengganu sehingga jam  petang, 60 peratus,” katanya. 

Secara keseluruhan, sebanyak 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu termasuk 387 anggota polis, enam anggota tentera dan tiga pasangan mereka serta 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Semua anggota polis dan tentera yang layak mengundi awal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing melalui undi pos sebelum ini manakala tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera telah mengundi awal di Balai Polis Kijal, 28 November lepas.

PRK berkenaan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas. 

Sebanyak 49 pusat mengundi dengan 244 saluran dibuka bermula jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo