NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sany Hamzah sokong persempadanan semula demi peruntukan



KUALA LUMPUR – Rakyat tidak takut jika persempadanan semula bagi kawasan Parlimen di seluruh negara dilakukan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan berkata, sebaliknya cadangan itu  termasuk pertambahan kerusi Parlimen hanya menakutkan Perikatan Nasional (PN).

“Cuma saya nampak yang takut ini sebenarnya bukan rakyat tetapi kawan-kawan kita daripada PN sebab kerusi yang bertambah banyak ini di mana? Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Perak.

“Ini negeri-negeri yang Kerajaan Perpaduan menang. Takkan kita saja-saja nak tambah,” kata Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah tersebut

Beliau diminta mengulas kegusaran setengah-setengah pihak mengenai usul yang dibuat oleh Amanah Selangor baru-baru ini agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula bagi kawasan Parlimen di seluruh negara menjelang PRU16.

Terdapat pihak yang mendakwa bahawa perubahan persempadanan pilihan raya akan memberi kelebihan kepada DAP dan memberi laluan kepada orang Cina untuk menjadi perdana menteri.

“Kalau kita tengok hari ini. Nak jadi perdana menteri perlu dapat dua pertiga majoriti di Parlimen. Kita ada 222, maksud perlu 112 (sokongan). Di kalangan 112 ini siapa yang layak jadi perdana menteri?

“Kita kena ingat di kalangan ahli parlimen DAP bukan semua Cina, Bentong saya tak tahu la dia Melayu atau Cina, Cina saya ingat. Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan (Johan) tu mungkin dia Cina? Dia Melayu.

“Ini momokan bila kata DAP adalah Cina. Tak, dalam DAP ada Melayu, dalam DAP ada India. Maksudnya DAP ini bukan parti untuk orang Cina sahaja. Ada Melayu. Rara (Young Syefura Othman) itu Melayu, Syahredzan itu Melayu. Ada ADUN Bandar Utama Melayu,” tegasnya.

Mohd Sany berkata, beliau setuju agar persempadana semula dan pertambahan kerusi Parlimen dilakukan.

Ini kerana menurut beliau, banyak kawasan Parlimen telah mencatatkan pertambahan bilangan pengundi dan ia tidak adil dari segi pembahagian peruntukan.

“Jumlah peruntukan seorang ahli Parlimen contoh di Jerantut dia jaga 60,000 dengan nilai peruntukan RM5 juta. Berbanding teman dan sahabat yang jaga Kota Raja peruntukan sama tetapi pengundi telah lebih 300,000 orang.

“Kalau kita bahagi duit peruntukan RM5 juta dengan lebih 300,000 hanya berapa ringgit seorang? Ini yang perlu dengan soal persempadanan baru pilihan raya dan tambah kerusi.

“Zaman Datuk Seri Najib dahulu dia buat persempadanan baharu tidak tambah kerusi. Saya rasa sudah tiga kali pilihan raya tidak berlaku persempadanan baru pilihan raya dan juga tambah kerusi. Tetapi hari ini saya rasa perlu,” tegasnya.-MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo