NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rombakan cetus rasa tak senang dalam Umno, kata sumber

Rombakan Jemaah Menteri diumumkan perdana menteri Selasa lalu hanya mengukuhkan pegangan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam parti itu, kata sumber. (Gambar Umno Online)


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno memberi amaran rombakan Jemaah Menteri pada Selasa lalu, yang melihat pertukaran portfolio beberapa menteri parti itu, mungkin tidak diterima baik ahli akar umbi.

Ketua bahagian yang enggan dinamakan itu berkata, tiada apa yang mewajarkan pemimpin kanan Umno ditukarkan portfolio.

Menurutnya, rombakan itu juga hanya mengukuhkan pegangan Presiden Umno Zahid Hamidi dalam parti itu, dan pada masa sama menggugat pemimpin lain.

Dalam rombakan Jemaah Menteri itu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang sebelum ini menjadi menteri pertahanan, ditukar menteri luar. Portfolio pertahanan diserahkan kepada Khaled Nordin yang juga bekas menteri pendidikan tinggi, dan naib presiden Umno.

Sementara itu, ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Zambry Zambry Abdul Kadir ditukarkan ke portfolio pendidikan tinggi.

Sumber itu berkata, tidak mungkin Perdana Menteri Anwar Ibrahim menukarkan portfolio pemimpin Umno berkenaan tanpa berbincang terlebih dulu dengan Zahid yang juga antara sekutu paling rapatnya dalam kerajaan.

“Saya tidak rasa Zahid mahu sesiapa lebih menyerlah daripadanya, khususnya jika orang itu adalah nombor dua dalam Umno,” katanya.

Selain itu, katanya, rombakan itu memberi isyarat bahawa menteri Umno terlibat kurang berprestasi sedangkan itu tidak benar.

Disebabkan itu pemimpin Umno dan penyokong mereka pasti tidak berpuas hati dengan rombakan Jemaah Menteri itu, katanya.

Sementara itu, seorang pemimpin Umno Johor mendakwa rombakan Jemaah Menteri itu mungkin menghalang menteri membina hasil kerja baik dalam kerajaan.

“Apabila dipindahkan ke portfolio baharu, mereka perlu bermula dari bawah.”

Wan Saiful Wan Jan dari Bersatu mendakwa pertukaran jawatan Mohamad sebagai menteri luar akan melemahkannya dan memanfaatkan Zahid.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata portfolio menteri luar yang memerlukan perjalanan ke luar negara untuk tempoh lama, bukan sesuatu yang strategik kerana akan menghalang Mohamad daripada mencabar Zahid untuk jawatan presiden Umno.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo