KERETA tertimbus di bawah runtuhan rumah akibat puting beliung di Hendersonville di Tennessee. - REUTERS |
WASHINGTON: Puting beliung dan ribut teruk yang melanda Tennessee di Amerika Syarikat (AS) menyebabkan kediaman penduduk rosak dan bekalan elektrik terputus.
Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya enam orang turut terkorban.
Menurut pihak berkuasa, tiga orang maut di pinggir bandar Nashville, ibu kota negeri tenggara itu.
Gambar yang disiarkan oleh Pejabat Pengurusan Kecemasan bandar itu menunjukkan banyak pokok tumbang dan rumah runtuh.
“Malangnya, kami mengesahkan terdapat tiga kematian akibat cuaca buruk di Nesbitt Lane,” jelas pejabat itu di aplikasi X.
Berdasarkan kenyataan dari pihak berkuasa Montgomery County, dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak terbunuh akibat puting beliung di bandar Clarksville, kira-kira 65 kilometer jauhnya.
“Selain itu, seramai 23 orang dirawat di hospital,” jelas kenyataan.
Tambah kenyataan, pasukan penyelamat masih mengaktifkan fasa operasi mencari dan menyelamat bencana tersebut.
“Oleh itu, kami meminta penduduk untuk tidak menggunakan jalan raya,” jelasnya.
Sementara itu, Datuk Bandar Clarksville, Joe Pitts mengisytiharkan darurat dan mengenakan perintah berkurung bermula 9 malam kelmarin (waktu tempatan).
Menurut tapak penjejakan, poweroutage.us, kira-kira 52,000 pelanggan melaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik di negeri itu kelmarin berbanding 86,000 yang direkodkan sebelum ini.
Pembekal telekomunikasi CDE Lightband memaklumkan lebih 14,000 pelanggan di Clarksville terputus bekalan elektrik. – AFP
Sumber I Utusan
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment