NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PrEP untuk pengamal seks songsang di Malaysia: Fatwanya…?




KUALA LUMPUR
: Kerajaan digesa mendapatkan pengesahan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pemberian Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) kepada pengamal seks songsang di negara ini.

Senator Dato’ Husain Awang berkata, PrEP merupakan sejenis ubatan oral yang digunakan untuk mencegah penukaran jangkitan virus kurang imun manusia (HIV) dalam masyarakat khususnya golongan  lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurutnya, meskipun projek perintis kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membabitkan golongan terbabit, namun fatwa masih belum diputuskan mengenai usaha tersebut.

“Apakah status terkini perbincangan KKM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkenaan hukum pemberian PrEP kepada golongan LGBT dan pekerja seks songsang?

“Adakah kerajaan setuju untuk menangguhkan pemberian ini sehingga satu hukum dikeluarkan bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengamal perubatan?” hujahnya ketika mengutarakan soalan tambahan di sidang Dewan Negara, di sini, hari ini..

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisma Awang Sauni dalam jawapanya menjelaskan bahawa program tersebut sudah bermula sejak Januari 2023 dan diteruskan sehingga 31 Disember ini.

Beliau berkata, pelaksanaan program itu dibawah PrEPGov2023 merupakan projek perintis yang melibatkan 18 klinik kesihatan KKM bagi melihat kesan kesihatan secara langsung dan tidak langsung terhadap pemberian itu.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya sedang mengadakan satu sesi libat urus bersama pegawai dari pihak berkuasa agama persekutuan dan negeri mengenai penggunaan PrEP. 

“Kita mendapati bahawa adalah keputusan muktamad belum lagi diputuskan walaupun demikian kita melihat keperluan untuk pengagihan PrEP ini amat diperlukan.

“Kita mendapati peningkatan kesedaran individu terbabit berkenaan penggunaan PrEP ini dapat mengubah tingkah laku,” katanya.  HARAKAHDAILY 11/12/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo