NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKPKM cadang penetapan harga getah mengikut kos pengeluaran



BANGI: Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) mencadangkan penetapan harga getah berdasarkan kos pengeluaran ataupun harga yang lestari bagi menangani isu penurunan harga getah.

Selaras fungsi dan peranan PKPKM, ia akan membantu mengkaji dasar kerajaan dan pembangunan ekonomi, sosial dan kemahiran pekebun.

Ketua Penerangan PKPKM, Amran Jaafar berkata, perbezaan kos pengeluaran getah jika dibandingkan dengan beberapa negara masih tidak
mencapai harga yang dijual di atas kapal (Fee on Board).

“PKPKM sedang membuat satu kertas kerja dan akan membentangkan kepada Perdana Menteri supaya mekanisme ini dibetulkan dan harga
menjadi lebih mampan.

“Harga getah perlu ambil kira semua aspek dari segi kos penorehan, kos pengangkutan, kos bahan kimia dan sebagainya,” katanya paa Seminar Hala Tuju Pekebun Kecil Negara di sini baru-baru ini.

Menurutnya, harga getah negara hari ini adalah di bawah kos pengeluaran iaitu RM3 dan jika dibandingkan dengan negara lain harganya
melebihi RM3.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, tindakan di peringkat pekebun kecil perlu dilakukan iaitu menaikkan produktiviti seperti membaja
dan rangsangan lateks untuk memperoleh imbang pendapatan.

Selain itu, pekebun kecil getah juga disarankan untuk membuat pemasaran kelompok bagi tingkatkan produktiviti dan juga pendapatan lebih lumayan. – UTUSAN





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo