NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pinda Perlembagaan halang bukan Melayu jadi PM, Wan Fayhsal cabar Anwar

Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad berkata Anwar Ibrahim perlu memanfaatkan sokongan majoriti dua pertiga dinikmatinya kini.


PETALING JAYA: Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa Anwar Ibrahim menggunakan kelebihan majoriti dua pertiga dengan meminda Perlembagaan Persekutuan menghalang individu bukan Melayu menjadi perdana menteri.

Ahli Parlimen Machang itu berkata perdana menteri menikmati sokongan besar diperlukan untuk meminda perlembagaan termasuk lima Ahli Parlimen Bersatu yang mengalih sokongan kepadanya.

“Maka cadangan saya kepada Anwar, inilah waktu terbaik dengan majoriti dua pertiga yang ada seperti digembar-gemburkan, untuk meminda Perlembagaan Persekutuan agar hanya seorang Melayu beragama Islam boleh menjadi perdana menteri.

“Mungkin dengan cara ini sedikit sebanyak dapat memulihkan sokongan orang Melayu kepada kerajaan campuran pimpinan beliau berbanding memperagakan capal, songkok, cium keris, atau bertiwikrama bahasa,” katanya dalam kenyataan.

Langkah itu katanya dapat menoktahkan pertikaian berhubung isu itu seperti dibangkitkan veteran DAP Lim Kit Siang, baru-baru ini.

“Inilah waktunya untuk mematikan igauan pemimpin DAP ini yang telah puluhan tahun mengigau dan menjual mimpi ngeri kepada orang Melayu dan kaum pribumi,” katanya.

Ahmad Fayhsal berkata kenyataan Lim itu menimbulkan keresahan dalam kalangan orang Melayu sebagai kelompok majoriti.

“‘Impian Malaysia’ atau lebih tepat ‘igauan Malaysia’ versi pemimpin DAP ini seolah-olah telah mematikan roh dan semangat penubuhan Persekutuan Malaysia yang meletakkan aspek perpaduan kaum berteraskan penghormatan kepada kontrak sosial, wasiat Raja-Raja Melayu serta ‘unwritten consensus’ antara yang lain,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo