NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pilihan raya PBT, tamatkan perbincangan demi kekal keharmonian – Penganalisis politik

Foto: Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub (kiri) dan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai (kanan).


  • Cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai yang meminta diadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) disifatkan sebagai api dalam sekam yang berupaya membangkitkan kemarahan kumpulan tertentu dalam masyarakat.
  • Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata kenyataan Kok Wai itu membelakangkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang mencetuskan kontroversi dan merosakkan hubungan antara kepimpinan parti.
  • “Justeru, saya menilai semua pihak perlu bertenang, menamatkan perbincangan mengenai perkara ini bagi kekalkan keharmonian,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, semalam. 
  • Tawfik berkata tiada keperluan pilihan raya PBT diadakan kerana ia akan membazirkan dana, menambah beban kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan mewujudkan ‘firaun-firaun’ kecil politik atau Little Napoleon di kawasan berkenaan.
  • Pada Ahad lalu, DAP menggesa Kerajaan Madani mengadakan semula pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur susulan rombakan Kabinet baru-baru ini, yang menyaksikan pelantikan menteri bagi portfolio khusus untuk Wilayah Persekutuan.

KUALA LUMPUR – Cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai yang meminta diadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) disifatkan sebagai api dalam sekam yang berupaya membangkitkan kemarahan kumpulan tertentu dalam masyarakat.

Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata kenyataan Kok Wai itu membelakangkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang mencetuskan kontroversi dan merosakkan hubungan antara kepimpinan parti.

“Bagi saya ini merupakan api dalam sekam yang boleh menyebabkan kemarahan kumpulan tertentu dalam masyarakat seperti parti politik, kumpulan kaum tertentu yang dari dahulu menolak pelaksanaan pilihan raya PBT.

“Justeru, saya menilai semua pihak perlu bertenang, menamatkan perbincangan mengenai perkara ini bagi kekalkan keharmonian,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, semalam. 

Pada Ahad lalu, DAP menggesa Kerajaan Madani mengadakan semula pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur susulan rombakan Kabinet baru-baru ini, yang menyaksikan pelantikan menteri bagi portfolio khusus untuk Wilayah Persekutuan.

Mengulas lanjut, Tawfik berkata tiada keperluan pilihan raya PBT diadakan kerana ia akan membazirkan dana, menambah beban kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan mewujudkan ‘firaun-firaun’ kecil politik atau Little Napoleon di kawasan berkenaan.

Katanya, sistem demokrasi di Wilayah Persekutuan juga tidak mempunyai sebarang masalah hingga ke hari ini, malah terdapat beberapa Ahli Parlimen mewakili rakyat di kawasan berkenaan dan menyertai mesyuarat di majlis bandar raya masing-masing. 

“PH juga memenangi 10 kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan KL, PN di Putrajaya dan Labuan serta BN di Titiwangsa. Jadi demokrasi apa lagi DAP mahu?” katanya.

Tawfik yang juga Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya  berkata pemimpin politik melihat ada kebarangkalian hubungan parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan khususnya UMNO dan DAP akan terjejas sekiranya pilihan raya itu dilaksanakan.

Beliau turut mengingatkan pemimpin politik untuk memfokuskan isu kebajikan rakyat seperti kos sara hidup, harga barang dan masalah fundamental rakyat yang lain, bukannya bersikap terburu-buru mengangkat isu di luar keutamaan rakyat hari ini.  

“Bagi saya pemimpin seperti Tan Kok Wai perlu bersara dari politik dan fokuskan masa lebih banyak kepada keluarga,” kata Tawfik. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo