KUALA LUMPUR – Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak perlu dikembalikan semula kerana akan menelan belanja hingga jutaan ringgit.
Malah Setiausaha Agung Sekretariat Tanahair (STAR), Armin Baniaz Pahamin menyifatkan, pilihan raya sedemikian akan membuka ruang penyalahgunaan kuasa semata-mata ingin mengekalkan kuasa.
“Pemilihan melalui pilihan raya juga telah membuktikan pemimpin yang dipilih adalah berdasarkan populariti dan kemahiran bercakap tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk memimpin dan mengurus. Pergelutan kuasa sebegini merugikan rakyat,” katanya menerusi kenyataan.
Tambah beliau, pengurusan dan pentadbiran PBT sepatutnya berlandaskan dasar dan pimpinan ahli politik.
Mengulas lanjut Armin berkata individu yang menerajui PBT perlu dilantik berdasarkan kebolehan, pengalaman dan latar belakang berkredibiliti.
“Kerajaan sepatutnya menyediakan garis panduan kelayakan pelantikan ketua-ketua pihak berkuasa tempatan dan bukannya mencadangkan pemilihan melalui pilihanraya,” katanya lagi.
Beliau turut menyelar DAP yang menggesa supaya pilihan raya itu dikembalikan kerana parti berkenaan yakin dapat menguasai 62 peratus penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terdiri daripada kaum bukan bumiputera.
“Sebab itu mereka mencadangkan untuk mengembalikan semula pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan bermula dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kemungkinan besar di Pulau Pinang dan Selangor di mana penduduk bukan bumiputera mendominasi jumlah keseluruhan penduduk,” tambah Armin.-MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment