NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pilihan raya PBT hanya jarakkan jurang perkauman – Pejuang



KUALA LUMPUR – Jika pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan semula, ia akan terus menjarakkan lagi jurang antara kaum di negara ini.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Rafique Rashid berkata,  pilihan raya PBT juga akan turut mengurangkan kuasa kerajaan negeri kerana kuasa yang dipilih melalui undian semestinyalah lebih tinggi berbanding dengan kuasa mereka yang dilantik.

“Kuasa orang Melayu akan semakin berkurang di bandar-bandar yang boleh mewujudkan kebarangkalian tinggi untuk berlakunya kurang selesa antara kaum-kaum.

“Ia juga akan meningkatkan kemungkinan perselisihan komuniti antara kawasan luar bandar dan bandar,” katanya memberikan respon terhadap cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai yang mahu kerajaan memulakan pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Rafique berkata, apabila rayat mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) maka secara tidak langsung para pengundi juga merupakan pengundi bagi “ahli-ahli majlis PBT”.

Maka, katanya, rakyat bukanlah tiada sebarang remedi di bawah undang-undang untuk menukarkan PBT yang dirasakan prestasinya kurang memuaskan hati.

“Bukankah itu juga demokrasi? Atau pun “demokrasi” jenis bagaimanakah lagi yang dimahukan DAP? Maka cadangan pelaksanaan semula pilihan raya PBT in wajar ditentang dan dibantah oleh rakyat,” tegasnya.

Lagi punm tambah Rafique, tiada apa-apa jaminan tiada penyelewengan dan salah guna kuasa di peringkat itu sekiranya pilihan raya PBT diadakan.

“Malaysia mengamalkan konsep federalisme di mana kita mempunyai kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Kita adalah negera federalisme dan bukannya negara berkerajaan tunggal (unitary state) yang hanya mempunyai satu kerajaan sahaja yakni kerajaan pusat sepertimana di United Kingdom.

“Maka pilihan raya PBT tidak sesuai dan juga tiada keperluan untuk dilaksanakan kerana kita sudah ada kerajaan negeri. Lainlah jika kita tidak ada kerajaan negeri, maka pilhan raya PBT mungkin merupakan satu keperluan,” kata beliau lagi.

Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras pada Ahad lalu berkata, pengenalan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan.

“Kita tidak perlu untuk terus melaksanakan pilihan raya tempatan di seluruh negara tetapi kita boleh mula di Kuala Lumpur yang sangat-sangat memerlukan demokrasi dalam proses merakyatkan sistem pentadbiran ibu negara kita ini.

“Dengan pelaksanaan pilihan raya PBT sudah lama tertangguh, prinsip ‘tiada cukai tanpa perwakilan’ perlu ditegakkan demi memastikan keberkesanan, bersih dan kerajaan berorientasikan rakyat dan menjadikan Kuala Lumpur bandar raya bertaraf dunia yang kita semua banggakan,” katanya.

Pilihan raya PBT di Malaysia digantung pelaksanaannya pada 1960-an dan diganti dengan sistem lantikan ketua yang mana jawatan Datuk Bandar atau Yang Dipertua termasuk Ahli Majlis PBT dilantik kerajaan negeri. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo