NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pilihan raya PBT: Beri kuasa eksekutif kepada Lembaga Penasihat DBKL – Setiausaha Politik Anwar

Foto: Setiausaha politik (Setpol) kepada Perdana Menteri, Azman Abidin


  • Ahli Lembaga Penasihat DBKL boleh diberi kuasa eksekutif untuk membuat keputusan, kata Setiausaha politik (Setpol) kepada Perdana Menteri, Azman Abidin.
  • Azman berkata cadangan pemerkasaan lembaga penasihat DBKL itu boleh menjadi alternatif kepada pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) selain menjadi semak dan imbang dalam soal pentadbiran Kuala Lumpur.
  • Katanya, dia menghormati cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai agar pilihan raya PBT dilaksanakan.
  • “Walaupun ahli wakil di Kuala Lumpur dipilih oleh rakyat, mereka tiada kuasa dalam membuat keputusan di DBKL yang mentadbir Kuala Lumpur.
  • “Mereka fikir suara mereka tidak laku jika dibandingkan dengan kuasa eksekutif dimiliki DBKL. Jadi mereka mencadangkan pilihan raya PBT diadakan untuk semak dan imbang kuasa eksekutif dalam soal pentadbiran Kuala Lumpur.
  • “Namun dengan memberi kuasa eksekutif kepada ahli lembaga penasihat, ia boleh menjadi alternatif kepada pilihan raya PBT,” katanya dipetik Malaysiakini, semalam.
  • Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata cadangan diutarakannya itu boleh menjadi langkah pertama ke arah pilihan raya PBT di masa akan datang.

KUALA LUMPUR – Ahli Lembaga Penasihat DBKL boleh diberi kuasa eksekutif untuk membuat keputusan, kata Setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin.

Azman berkata cadangan pemerkasaan lembaga penasihat DBKL itu boleh menjadi alternatif kepada pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) selain menjadi semak dan imbang dalam soal pentadbiran Kuala Lumpur.

Katanya, dia menghormati cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai agar pilihan raya PBT dilaksanakan.

“Walaupun ahli wakil di Kuala Lumpur dipilih oleh rakyat, mereka tiada kuasa dalam membuat keputusan di DBKL yang mentadbir Kuala Lumpur.

“Mereka fikir suara mereka tidak laku jika dibandingkan dengan kuasa eksekutif dimiliki DBKL. Jadi mereka mencadangkan pilihan raya PBT diadakan untuk semak dan imbang kuasa eksekutif dalam soal pentadbiran Kuala Lumpur.

“Namun dengan memberi kuasa eksekutif kepada ahli lembaga penasihat, ia boleh menjadi alternatif kepada pilihan raya PBT,” katanya dipetik Malaysiakini, semalam.

Azman sebelum ini bertanggungjawab membantu Perdana Menteri dalam hal-hal berkaitan wilayah persekutuan sebelum tugasan itu dikembalikan kepada menteri khusus (Dr Zaliha Mustafa) melalui rombakan Kabinet, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata cadangan diutarakannya itu boleh menjadi langkah pertama ke arah pilihan raya PBT di masa akan datang.

Selain 12 ahli lembaga sedia ada, Azman mencadangkan setiap Ahli Parlimen di Kuala Lumpur – kerajaan dan juga pembangkang – diberi kuasa untuk melantik seorang ahli bagi mewakili kawasan mereka.

“Setiap ahli lembaga penasihat ini perlu diberi kuasa eksekutif dan diberi tanggungjawab portfolio jabatan-jabatan dalam DBKL.

“Dengan itu, setiap wakil rakyat mempunyai suara mereka di DBKL,” katanya.

Azman berkata langkah itu boleh dilaksanakan dengan meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 yang tidak memerlukan majoriti dua pertiga.

Terdahulu, cadangan Tan yang juga Ahli Parlimen Cheras mengundang bantahan sejumlah pihak, antaranya PN dan Umno. 

Kebanyakan bantahan membangkitkan risiko pergeseran kaum dengan dakwaan orang Melayu akan hilang kuasa di kawasan bandar. – The Merdeka Times


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo