NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pilihan raya PBT akan meruncingkan perkauman, kata Ahmad Maslan



KAJANG: Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak perlu diadakan kerana hanya akan mencetuskan kegusaran politik, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Maslan.

Beliau yang juga timbalan menteri kerja raya turut menzahirkan keyakinan kerajaan perpaduan tidak akan meluluskan syor Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai itu yang mencadangkan kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara.

“Pada pandangan saya, tidak perlu (pilihan raya PBT). Saya selaku ahli MKT (Umno), tidak mahu bertambah runcing perkauman di negara kita ini,” katanya selepas melawat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Beliau mengulas gesaan Tan yang mahu kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara sebagai langkah memperkukuh demokrasi.

Ahmad berkata pilihan raya PBT tidak perlu diadakan memandangkan sistem PBT itu sendiri seperti majlis perbandaran atau dewan bandaraya dianggotai oleh wakil pelbagai kaum.

“Cukuplah pilihan raya negeri dan Parlimen, kenapa perlu ada pilihan raya satu lagi,” katanya.

Pilihan raya PBT di Malaysia digantung pelaksanaan pada 1960-an sebelum digantikan dengan sistem lantikan ketua iaitu datuk bandar dan yang diPertua majlis termasuk ahli majlis.


Sumber I FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo